BANTUAN MYKAD MADANI (MOHON ONLINE 2025)
Untuk makluman anda, bantuan MyKad Madani adalah di bawah program SARA dimana bayaran akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima mulai 2025. Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini. Inisiatif bantuan ini bakal disalurkan kepada sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.
Bagaimanakah mohon bantuan mykad madani online 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BILA BANTUAN STR MASUK
APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI
Bantuan MyKad Madani adalah dilaksanakan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mana ianya merupakan inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima, untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.
PERMOHONAN BANTUAN MYKAD MADANI
Permohonan bantuan Mykad Madani adalah sumbangan tambahan tanpa tunai kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih yang akand disalurkan kedalam MyKad penerima. Oleh itu, pemohon hendaklah membuat permohonan STR terlebih dahulu.
Panduan lengkap permohonan bantuan seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat serta kriteria kelayakan seperti di bawah sahaja boleh membuat permohonan Bantuan MyKad Madani:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data e-Kasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN
Semakan kelayakan Mykad Madani – SARA adalah seperti berikut:
- Semakan kelayakan SARA di Portal rasmi STR, di pautan – https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia di Portal rasmi MyKasih, di pautan – https://www.mykasih.com.my
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan SARA tanpa tunai yang akan dikreditkan kedalam Mykad Madani, adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN (RM) PENERIMA STR 2025 BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKASIH | KADAR BAYARAN (RM) PENERIMA STR 2025 |
---|---|---|
Isi rumah | RM1200 (RM100 sebulan) | RM900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM1200 (RM100 sebulan) | RM450 (RM50 sebulan) |
Bujang (21 – 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MYKAD MADANI
Penerima yang layak akan menerima SARA RM 100 sebulan bagi tempoh 12 bulan menerusi MyKad mulai April 2025. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
Pembayaran akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Pembayaran ini membenarkan penerima membuat pembelian tanpa tunai untuk pembelian seperti makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Tacukup pensen.
Ya
B40
Bantuan malaysia madani
Saya bernama Mageswari saya pertama kali mita bantuan Madani tq untuk rayan kita .
Saya bernama Mageswari saya pertama kali mita bantuan Madani tq untuk rayan kita .tq.