AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR : CEK JUMLAH BAYARAN TUNAI YANG DITERIMA JIKA LULUS
Jika permohonan yang dikemukakan diluluskan, pemohon akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa Pertama (1) tahun 2026 bermula pada 20 Januari 2026 dengan amaun yang ditetapkan.
Berapakah amaun Bantuan STR Fasa 1 yang dibayar kepada yang lulus? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026 FASA 1 : PEMOHON BERSTATUS LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI
AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR
Tentunya Bantuan STR Fasa 1 akan dibayar dengan amaun yang berbeza bagi setiap kategori penerima supaya amaun yang diterima sepadan dengan kelayakan masing-masing :
- Kategori Berkeluarga :
- Berkeluarga adalah merupakan isi rumah berpasangan ada / tiada anak dan isi rumah tunggal ada anak.
| KELAYAKAN PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Penerima Pendapatan B40 | RM500 |
| Penerima Pendapatan M40 | Tiada anak : RM50 1-2 anak : RM100 3-4 anak : RM150 Lebih 5 anak : RM250 |
- Kategori Bujang :
- Bujang adalah merupakan individu belum berkahwin, balu, duda dan janda yang tiada anak atau bukan lagi tanggungan.
| KELAYAKAN PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026 |
|---|---|
| Penerima Berumur 21 hingga 59 tahun | Dibayar melalui SARA |
| Penerima Berumur 60 tahun & ke atas | RM150 |
CARA BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR
Penerima yang ada akaun bank dan penerima yang tiada akaun bank akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 1 dengan dua (2) cara yang berbeza seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Dibayar melalui akaun bank penerima atau akaun bank pasangan secara berperingkat |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Dibayar tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia |
TARIKH BANTUAN STR FASA 1 2026 DIBAYAR
Tidak lebih dari 10 hari sahaja lagi Bantuan STR Fasa 1 untuk tahun 2026 akan dibayar kepada penerima-penerima yang layak bermula pada tarikh yang tertera di bawah :
| CARA BAYARAN | TARIKH BANTUAN STR FASA 1 DIBAYAR |
|---|---|
| Pengkreditan dalam akaun bank | Bermula 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | 20 Januari 2026 |
CEK KELAYAKAN AMAUN BANTUAN STR FASA 1 2026
Oleh kerana amaun Bantuan STR dibayar mengikut kelayakan penerima, setiap pemohon perlu menyemak status kelayakan untuk tahu berapa amaun yang akan diterima untuk Fasa 1 seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard mySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh klik [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASIL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel Rasmi STR : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.