BANTUAN TUNAI B40 2026 : SEMAKAN NAMA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK AKAN DIBAYAR DUIT MASUK KE AKAUN BANK
Penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambahbaik pemberian bantuan tunai melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memastikan golongan yang memerlukan terus mendapatkan bantuan yang sewarjarnya.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai semakan bantuan tunai B40 2026, syarat kelayakan, kadar bayaran mengikut kategori, serta cara menyemak status pengkreditan duit ke akaun bank anda.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai b40? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA 2026 BUJANG : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN DALAM IC SETIAP BULAN
BANTUAN TUNAI B40
Bantuan Tunai Kerajaan ialah bantuan kewangan yang disediakan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar memerlukan bagi meringankan beban penerima dalam mendepani cabaran kos sara hidup serta untuk memastikan mereka terus mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI B40
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Ada Anak; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Tiada Anak; Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
KADAR BANTUAN TUNAI B40 2026
Program bantuan tunai B40 akan dilaksanakan secara 4 fasa pembayaran dengan amaun seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | 200 | 150 | 200 | 150 | 700 |
| 1 – 2 Anak | 300 | 300 | 300 | 300 | 1,200 |
| 3 – 4 Anak | 400 | 450 | 450 | 400 | 1,700 |
| 5 Anak Ke Atas | 500 | 600 | 600 | 500 | 2,200 |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | 100 | 100 | 0 | 0 | 200 |
| 1 – 2 Anak | 100 | 100 | 150 | 100 | 450 |
| 3 – 4 Anak | 150 | 200 | 200 | 150 | 700 |
| 5 Anak Ke Atas | 200 | 250 | 250 | 250 | 950 |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 | TOTAL |
|---|---|---|---|---|
| 150 | 150 | 150 | 150 | 600 |
- Bujang :
| BANTUAN SARA | TOTAL |
|---|---|
| RM50 Setiap Bulan (Januari sehingga Disember) | RM600 |
TARIKH PEMBAYARAN
Bantuan tunai B40 akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | 15 Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI B40
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Status Permohonan STR.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN TUNAI B40
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN TUNAI B40
Bayaran disalurkan secara berperingkat menerusi 4 fasa utama (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) sepanjang tahun 2026 mengikut jadual pengumuman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Status “Gagal Kredit” biasanya berlaku disebabkan akaun bank tidak aktif, nombor akaun tidak tepat, akaun telah ditutup, atau nama pada akaun bank tidak sepadan dengan rekod MyKad. Penerima yang mengalami isu ini boleh membuat tuntutan tunai di cawangan BSN.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf