BANTUAN STR 2026 BILA MASUK (FASA 3) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN STR 2026 BILA MASUK (FASA 3) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Ramai penerima dan pemohon Sumbangan Tunai Rahmah sedang tertanya-tanya, Bantuan STR Fasa 3 2026 bila masuk ke dalam akaun bank masing-masing? Untuk makluman anda, pembayaran STR dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai tarikh bayaran, kadar amaun dan syarat kelayakan, serta panduan untuk membuat semakan status secara dalam talian.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK JADI  PENERIMA

JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 BILA MASUK

Inisiatif Bantuan STR Fasa 3 2026 akan dimasukkan kepada setiap penerima pada :

  • Penerima sedia ada :
CARA TERIMA BANTUANTARIKH MASUK
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional
Ogos 2026
(Tarikh bayaran akan
dikemaskini semula
apabila ianya diumumkan
secara rasmi)
Kredit dalam akaun
bank penerima
Ogos 2026
(Tarikh bayaran akan
dikemaskini semula
apabila ianya diumumkan
secara rasmi)
  • Penerima baharu :
CARA TERIMA BANTUANTARIKH MASUK
Tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional
Ogos 2026
(Tarikh bayaran akan
dikemaskini semula
apabila ianya diumumkan
secara rasmi)
Kredit dalam akaun
bank penerima
Ogos 2026
(Tarikh bayaran akan
dikemaskini semula
apabila ianya diumumkan
secara rasmi)

KADAR BANTUAN STR 2026 MASUK

Bagi tahun 2026, jumlah bayaran yang diterima adalah merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas, dan Bujang adalah sebanyak berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN
STR
KADAR BANTUAN
SARA
Isi Rumah B40RM700 (0 anak)
RM1,200 (1-2 anak)
RM1,700 (3-4 anak)
RM2,200 (>5 anak)
RM2,400
atau
RM1,200
Isi Rumah M40RM200 (0 anak)
RM450 (1-2 anak)
RM700 (3-4 anak)
RM950 (>5 anak)
RM1,200
Warga EmasRM600RM1,800
atau
RM600
BujangRM1,200
atau
RM600
*Nota : Kadar bayaran bagi Fasa 3 adalah bermula RM100 sehingga RM600 (tertakluk kelayakan penerima dan perlu disemak melalui portal rasmi MySTR.

SYARAT LAYAK STR 2026

Pemohon yang disahkan layak Bantuan STR 2026 adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu Bapa Tunggal (ada anak).
    • Tiada had umur pemohon.
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40) atau Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Kategori Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Tiada pasagan – balu / duda / janda (tiada anak yang tepati syarat sebagai tanggungan).
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 (B40 dan M40).
  • Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
    • Had umur 21 hingga 59 atau Bujang OKU berumur 19 tahun & ke atas.
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN STR 2026

Sekiranya anda ingin menyemak status permohonan dan pengkreditan bayaran, ikuti langkah mudah di bawah :

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan dan klik butang Semak.
  3. Pastikan Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan adalah betul, kemudian klik Ya.
  4. Masukkan Kata Laluan akaun anda dan klik Log Masuk.
  5. Selepas berjaya masuk ke Dashboard Pemohon, klik pada menu Semakan Permohonan.
  6. Status kelayakan dan perincian bayaran STR Fasa 3 akan dipaparkan pada skrin.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan bayaran Bantuan STR 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment