BAKI MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAKAN SECARA ONLINE

BAKI MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAKAN SECARA ONLINE

Baki MyKasih merujuk kepada jumlah nilai elaun kewangan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang masih tersimpan di dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima.

Untuk semak baki MyKasih yang masih ada dalam MyKad, semakan kini boleh dilakukan dengan mudah secara online membolehkan penerima merancang perbelanjaan barangan asas harian dengan lebih teratur.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap langkah demi langkah cara semak baki MyKasih dalam MyKad, tarikh kemasukan bayaran, serta cara menggunakannya di pasar raya berdaftar.

Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH TERKINI 2026 : SEMAK

JADUAL & JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2026

Sebelum membuat semakan baki MyKasih online, semak jumlah peruntukan bayaran bulanan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mengikut kategori kelayakan :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan

9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan

9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan

9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan

16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan

16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

Total Setahun : RM600

Nota : Kredit bantuan dikreditkan secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan (kecuali bulan pertama permohonan).

CARA SEMAK BAKI MYKASIH DALAM MYKAD SECARA ONLINE

Berikut merupakan panduan rasmi semak baki MyKasih dalam MyKad secara online :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (contoh)

CARA ALTERNATIF CHECK BAKI MYKASIH SECARA FIZIKAL

Jika anda tidak mempunyai capaian internet, anda juga boleh menyemak baki kredit MyKasih melalui kaedah fizikal berikut :

  • Resit Pembelian Barangan MyKasih : Setiap kali anda membuat pembelian di kedai berdaftar, baki terkini akan dicetak secara automatik di bahagian bawah resit rasmi.
  • Kaunter Juruwang Kedai Berdaftar : Sebelum memulakan barang belanjaan, minta juruwang di kedai runcit atau pasar raya untuk menyemak baki dalam kad pengenalan anda.

CARA GUNA BAKI MYKASIH UNTUK BELI BARANGAN ASAS

Selepas anda berjaya semak baki MyKasih, anda boleh terus menggunakannya untuk membeli barangan keperluan harian di lebih 600+ pasar raya dan kedai runcit terpilih (seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, Giant, Speedmart 99, dan kedai runcit tempatan).

Langkah-Langkah Pembayaran Menggunakan MyKad :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Untuk senarai penuh barangan MyKasih dan kedai berdaftar, boleh rujuk di : https://sara.gov.my/

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN BAKI MYKASIH

  • Adakah baki MyKasih yang tidak habis akan luput (expired)?
    Ya. Baki terkumpul akan dibawa ke bulan seterusnya, namun semua baki MyKasih mesti dihabiskan sebelum 31 Disember2026. Baki yang tinggal selepas tarikh tersebut akan terbatal secara automatik.
  • Bolehkah saya mengeluarkan baki MyKasih dalam bentuk wang tunai (cash)?
    Tidak boleh. Baki bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar yang mempunyai terminal sistem MyKasih sahaja.
  • Mengapa baki MyKasih saya menjadi RM0 sedangkan saya layak?
    Sebab utama adalah sama ada bayaran bulan semasa belum dimasukkan lagi, atau kredit bayaran telah luput/digunakan sepenuhnya. Sila lakukan semakan baki MyKasih online di portal rasmi SARA untuk melihat sejarah transaksi.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah teknikal atau pertanyaan lanjut berkaitan kelayakan dan baki bayaran, sila hubungi saluran rasmi berikut :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Artikel ini disediakan bertujuan untuk perkongsian maklumat umum dan panduan semakan sahaja. Laman web ini tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau perbankan pengguna. Maklumat lanjut rujuk portal rasmi kerajaan di sara.gov.my.

Leave a Comment