TARIKH BAYARAN WANG STR 2026 : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN UNTUK FASA 3

TARIKH BAYARAN WANG STR 2026 : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BAYARAN UNTUK FASA 3

Tarikh bayaran wang STR 2026 Fasa 3, kini diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF), dan akan disalurkan kepada penerima yang layak dengan amaun diberikan mengikut kategori kelayakan penerima.

Artikel ini menyediakan maklumat rasmi berkaitan tarikh bayaran wang STR 2026 bagi Fasa 3, kadar agihan mengikut kategori, serta panduan cek kelayakan sama ada anda LULUS atau TIDAK sebagai penerima bayaran.

Bilakah tarikh bayaran wang STR 2026? Ikuti Info lanjut di sini.

Baca juga: CEK SARA BULANAN 2026 : TARIKH BAYAR & BAKI BANTUAN

TARIKH BAYARAN WANG STR 2026

Pengkreditan wang bantuan STR 2026 dilaksanakan secara berfasa sebanyak empat (4) kali setahun. Jadual rasmi tarikh pembayaran adalah seperti berikut :

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARAN RASMISTATUS PENGKREDITAN
STR Fasa 120 Januari 2026Selesai Dibayar
STR Fasa 210 Mac 2026Selesai Dibayar
STR Fasa 315 Ogos 2026Sedang dalam proses pembayaran secara berperingkat
STR Fasa 4Belum dilaksanakanAkan datang

AMAUN BAYARAN WANG STR 2026

Jumlah kewangan yang diterima oleh penerima yang layak semasa tarikh bayaran wang STR 2026 Fasa 3, adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN WANG STR FASA 3
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM450
Anak 5 dan Ke atas : RM600
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM450
Anak 5 dan Ke atas : RM600
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM0
Anak 1 hingga 2 : RM150
Anak 3 hingga 4 : RM200
Anak 5 dan Ke atas : RM250
Warga emas tiada pasanganRM150
BujangBayaran digantikan Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan
(Total RM600 setahun)

CEK KELAYAKAN BAYARAN STR (LULUS ATAU TIDAK)

Untuk menyemak status permohonan anda sama ada diluluskan bagi bayaran Fasa 3, sila ikuti langkah demi langkah di bawah :

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Untuk KSemakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA.
  12. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan)
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

KAEDAH BAYARAN WANG STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR, Media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran-Media-STR-2026-Fasa-3.pdf serta dikongsikan bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca, dan semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi portal rasmi MySTR (bantuantunai.hasil.gov.my).

Leave a Comment