CEK SARA BULANAN 2026 : TARIKH BAYAR & BAKI BANTUAN

CEK SARA BULANAN 2026 : TARIKH BAYAR & BAKI BANTUAN

Baki bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak habis digunakan akan di bawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama amaun elaun semasa sehingga tarikh akhir bantuan.

Bagaimanakah cek sara bulanan 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SARA BULANAN ONLINE : BAYARAN MYKASIH 2026

KATEGORI PENERIMA LAYAK SARA BULANAN

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

KAEDAH CEK BAKI SARA BULANAN 2026

Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak melalui beberapa cara seperti :

  • Di Portal Rasmi SARA;
  • Di Aplikasi MyKasih;
  • Di Kaunter Pembayaran Pasar Raya atau Kedai Runcit berdaftar SARA; dan
  • Di Resit Pembelian Barangan SARA

JUMLAH SARA BULANAN 2026

Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

PANDUAN CEK BAKI SARA BULANAN ONLINE

Baki dan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (bergantung kepada kegunaan penerima)

TARIKH MASUK BAYARAN SARA BULANAN 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :

KAEDAH BAYARANTARIKH BAYARAN
MyKad (Kad Pengenalan)9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas
16 Januari 2026 – Bujang
1 Februari 2026 – Semua
1 Mac 2026 – Semua
1 April 2026 – Semua
1 Mei 2026 – Semua
1 Jun 2026 – Semua
1 Julai 2026 – Semua
1 Ogos 2026 – Semua
1 September 2026 – Semua
1 Oktober 2026 – Semua
1 November 2026 – Semua
1 Disember 2026 – Semua

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment