JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK SEMASA FASA 1
Kadar jumlah bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 mempunyai perubahan berbanding jumlah bayaran untuk tahun 2025. Oleh itu, setiap pemohon perlu membuat semakan jumlah mengikut kelayakan.
Bagaimanakah cara semak jumlah Bantuan STR 2026 yang dibayar? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
CARA BANTUAN STR DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG LAYAK
Pemohon sedia ada dan pemohon baharu yang layak akan terima bayaran Bantuan STR secara berperingkat melalui fasa-fasa untuk sepanjang tahun 2026.
Berikut merupakan dua (2) cara Bantuan STR dibayar kepada pemohon yang layak :
- Penerima Sedia Ada :
| JENIS PENERIMA | CARA BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Ada Akaun Bank | Dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan |
| Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
- Penerima Baharu :
| JENIS PENERIMA | CARA BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Ada Akaun Bank | Dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan |
| Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH BANTUAN STR 2026 YANG DIBAYAR
Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2026 | DIBAYAR FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak- RM700 1/2 anak- RM1,200 3/4 anak- RM1,700 >5 anak- RM2,200 | -RM150 -RM300 -RM450 -RM500 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak- RM200 1/2 anak- RM450 3/4 anak- RM700 >5 anak- RM950 | -RM50 -RM100 -RM150 -RM250 |
| Warga Emas | RM600 | RM150 |
| Bujang | – | – |
TARIKH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR FASA 1
Bantuan STR untuk Fasa 1 tahun 2026 bakal dibayar kepada pemohon yang layak secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Tunai di kaunter BSN atau Pengkreditan dalam akaun bank | Januari / Februari (akan dikemaskini) |
| Penerima Baharu | Tunai di kaunter BSN atau Pengkreditan dalam akaun bank | Januari / Februari (akan dikemaskini) |
SEMAK KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN STR 2026
Bagi pemohon sedia ada yang telah kemaskini permohonan atau pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan boleh terus semak kelayakan sebagai penerima Bantuan STR untuk tahun 2026 seperti berikut :
- Sila klik pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [Log Masuk].
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan pemohon akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]