BILAKAH TARIKH SEMAK STR 2026 : UNTUK SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1

BILAKAH TARIKH SEMAK STR 2026 : UNTUK SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1

Untuk ketahui kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026, semua pemohon boleh membuat semakan status secara online melalui Portal Rasmi MySTR.

Bilakah tarikh semak STR untuk tahu kelayakan sebagai penerima bayaran Fasa 1? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA RAHMAH)

BILAKAH TARIKH SEMAK STR 2026

Tarikh semakan status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahu layak atau tidak terima bayaran tahun 2026 masih belum diumumkan. Namun, setiap pemohon perlu menyemak status kelayakan dari semasa ke semasa.

CARA SEMAK STR 2026

Turuti cara semak kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

JUMLAH BAYAR STR 2026

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 kepada setiap penerima :

  • Isi Rumah B40 :
    • Tiada anak : RM700
      • Tambahan SARA : RM2,400 (eKasih) / RM1,200 (bukan eKasih).
    • 1 – 2 anak : RM1,200
      • Tambahan SARA : RM2,400 (eKasih) / RM1,200 (bukan eKasih).
    • 3 – 4 anak : RM1,700
      • Tambahan SARA : RM2,400 (eKasih) / RM1,200 (bukan eKasih).
    • 5 anak & ke atas : RM2,200
      • Tambahan SARA : RM2,400 (eKasih) / RM1,200 (bukan eKasih).
  • Isi Rumah M40 :
    • Tiada anak : RM200
      • Tambahan SARA : RM1,200
    • 1 – 2 anak : RM450
      • Tambahan SARA : RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM700
      • Tambahan SARA : RM1,200
    • 5 anak & ke atas : RM950
      • Tambahan SARA : RM1,200
  • Warga Emas :
    • RM600
      • Tambahan SARA : RM1,800 (eKasih) / RM600 (bukan eKasih).
  • Bujang :
    • Hanya SARA : RM1,200 (eKasih) / RM600 (bukan eKasih).

CARA TERIMA BANTUAN STR 2026

Terdapat dua (2) cara terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerima yang ada akaun bank dan tiada akaun bank seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan dalam akaun bank
penerima / pasangan
Dibayar secara tunai di
kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)

JADUAL TARIKH BAYAR STR 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijadualkan secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYAR STR 2026
Fasa Pertama (1)Akan dikemaskini
Fasa Kedua (2)Akan dikemaskini
Fasa Ketiga (3)Akan dikemaskini
Fasa Keempat (4)Akan dikemaskini

RUJUKAN LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Rasmi STR HASiL : 1800 88 2747.
  • Talian Rasmi STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566.
  • Alamat e-Mel : [email protected]

Leave a Comment