TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 4 : SEMAK STATUS KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI

TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 4 : SEMAK STATUS KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 4 2026, akan dikreditan secara berperingkat mengikut jenis akaun bank yang digunakan oleh penerima bermula tarikh rasmi pembayaran STR FASA 4 dilaksanakan.

Bilakah tarikh bayaran str 2026 fasa 4? Ikuti Info lanjut di sini.

Baca juga: CARA SEMAKAN KELAYAKAN STR FASA 4 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN AKHIR

KAEDAH BAYARAN STR 2026 FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pembayaran Secara Tunai di Kaunter Bank :
    • Bagi penerima yang Tiada Akaun Bank atau berstatus ‘Gagal Kredit’ boleh menuntut duit Bantuan STR di mana-mana cawangan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Pembayaran Secara Tunai Melalui Akaun Bank :
    • Bagi penerima yang mempunyai Akaun Bank, pengkreditan akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.

    TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 4

    Mengikut jadual STR 2026, pembayaran FASA AKHIR (FASA 4) masih belum diumumkan, dan sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF).

    FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
    STR FASA 4Akan Datang

    JUMLAH BAYARAN STR 2026 FASA 4

    Sekiranya semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menunjukkan status ‘Lulus’, anda akan menerima duit STR FASA 4 2026 dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan dan bilangan anak, serta kategori penerima seperti berikut :

    • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
    BILANGAN ANAKFASA 4
    Tiada AnakRM150
    1 hingga 2 AnakRM300
    3 hingga 4 AnakRM400
    5 Anak Ke AtasRM500
    • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
    BILANGAN ANAKFASA 4
    Tiada AnakRM0
    1 hingga 2 AnakRM100
    3 hingga 4 AnakRM150
    5 Anak Ke AtasRM250
    • Warga Emas Tanpa Pasangan :
    KATEGORI PENERIMAFASA 4
    Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang)
    Berumur 60 tahun dan ke atas
    RM150
    • Bujang :
    KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
    Bujang
    Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
    Pembayaran digantikan melalui Bantuan SARA

    RM50 Setiap Bulan
    (Total Setahun : RM600)

    SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR

    Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, FASA 4 boleh disemak secara online seperti berikut :

    1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
    2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
    3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
    4. Tekan (Semak).
    5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
    6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
    7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
    8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
    9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
    10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
    11. Status kelayakan STR FASA 4 2026 akan dipaparkan.
    12. Selesai.

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

    Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

    Leave a Comment