DAFTAR AKAUN STR 2027 : SECARA ONLINE

DAFTAR AKAUN STR 2027 : SECARA ONLINE

Setiap pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diwajibkan untuk daftar akaun MySTR untuk memudahkan pengisian permohonan, kemaskini dan semakan status bayaran bagi setiap fasa secara dalam talian (online).

Bagaimanakah cara daftar akaun STR? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 4 2026 : SEMAK STATUS & JUMLAH BAYARAN

FUNGSI AKAUN STR

Antara fungsi penting akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah untuk :

  • Membuat permohonan baharu — membolehkan individu yang memenuhi syarat memohon bantuan STR.
  • Mengemas kini maklumat pemohon — untuk mengemas kini maklumat peribadi, pasangan, anak, pendapatan dan akaun bank jika berkaitan.
  • Menyemak status permohonan — mengetahui sama ada permohonan berstatus lulus, tidak lulus atau masih dalam proses.
  • Menyemak maklumat pembayaran — mendapatkan maklumat bayaran STR mengikut fasa yang diumumkan.
  • Menyemak alasan tidak lulus — membantu pemohon memahami sebab permohonan tidak diluluskan dan tindakan yang perlu diambil.
  • Mengurus urusan permohonan — memudahkan pemohon mengakses kemudahan yang disediakan dalam portal, termasuk rayuan jika dibuka dan berkenaan.
  • Menyemak peti mel dan maklum balas — membaca makluman serta mengurus pertanyaan berkaitan STR.

CARA DAFTAR AKAUN STR 2027

Pendaftaran akaun STR boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Masuk ke Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
  3. ⁠Sila klik butang [LOG MASUK].
  4. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang [Semak].
    • Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  6. ⁠Terus klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
  7. Isi No Kad Pengenalan anda.
  8. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  9. Kemudian, klik butang [Hantar Emel Pengesahan].
    • Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  10. ⁠Klik [Sahkan Akaun Saya].
  11. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  12. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
    • Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
      • Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  13. ⁠Tekan butang [Seterusnya].
  14. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  15. ⁠Kemudian, klik [Daftar Akaun].
    • ⁠Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  16. ⁠Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  17. ⁠Selesai.

CARA PERMOHONAN STR 2027

Bagi yang belum kemukakan permohonan STR, ikuti cara mohon yang mudah secara online :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

JUMLAH BAYARAN STR 2027

Setelah disahkan layak, penerima akan menerima bayaran STR dengan jumlah sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM600
3 – 4 anak : RM1,100
>5 anak : RM1,600
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM600
Bujang–

Setiap kategori (termasuk bujang) akan menerima bayaran tambahan SARA dengan jumlah sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMASARA ASASSARA E-KASIH
Isi Rumah B40RM1,800RM3,000
Isi Rumah M40RM1,200–
Warga EmasRM600RM1,800
BujangRM600RM1,200

TALIAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment