KELAYAKAN STR 2027 : SYARAT KELAYAKAN PENUH STR 2027
Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan permohonan dan melepasi proses semakan verifikasi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima pembayaran sepanjang tahun 2027 sebanyak empat (4) fasa pembayaran dengan amaun mengikut kelayakan masing-masing.
Apakah syarat kelayakan penuh str 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 4 : SEMAK STATUS KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI
SYARAT KELAYAKAN STR 2027
Syarat utama permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada :
- Individu yang tiada rekod dalam sistem STR; atau
- Individu yang belum pernah menerima STR sebelum ini;
- Individu yang memenuhi syarat kelayakan STR 2027
Kelayakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Warganegara Malaysia; Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Warganegara Malaysia; Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Bujang | Warganegara Malaysia; Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
CARA PERMOHONAN STR 2027
Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, boleh dimohon melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Permohonan Secara Manual (Fizikal) :
- Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
- Permohonan dibuka bermula : 01 Oktober 2026
- Permohonan Secara Dalam Talian (Online) :
- Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
- Permohonan dibuka bermula : 15 Oktober 2026
Panduan lengkap cara permohonan secara online di Portal Rasmi MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
- Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon;
- Isikan Status Perkahwinan Pemohon;
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
KADAR KELAYAKAN STR 2027
Pemohon yang lulus permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | KADAR MAKSIUM STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 hingga 2 Anak | RM600 |
| 3 hingga 4 Anak | RM1,100 |
| 5 Anak Ke Atas | RM1,600 |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | KADAR MAKSIUM STR 2027 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM200 |
| 1 hingga 2 Anak | RM450 |
| 3 hingga 4 Anak | RM700 |
| 5 Anak Ke Atas | RM950 |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIUM STR 2027 |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berusia 60 tahun dan ke atas | RM600 |
- Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIUM STR 2027 |
|---|---|
| Bujang Berusia 21 tahun sehingga 59 tahun | Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA (RM50 Setiap Bulan = RM600 Setahun |
TALIAN RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem