TARIKH BAYAR BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN FASA 1
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mestilah memenuhi syarat kelayakan bantuan, dan permohonan berstatus Lulus serta melepasi semakan verifikasi kelayakan bantuan. Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima adalah bergantung kepada kelayakan bayaran mulai fasa permohonan diluluskan.
Bilakah tarikh bayar bantuan mystr 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSTR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN MYSTR 2026
Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak (0) : RM700 1 – 2 Anak : RM1,200 3 – 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak (0) : RM200 1 – 2 Anak : RM450 3 – 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | Bayaran akan diganti dengan Bantuan SARA |
Catatan : Walaupun kategori Bujang tidak menerima bayaran STR untuk tahun 2026, permohonan STR Kategori Bujang tetap perlu di mohon, untuk menerima bantuan SARA 2026.
LOGIN PORTAL BANTUAN MYSTR 2026
Panduan cara log masuk Portal MySTR 2026 untuk semakan status permohonan dan kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
SEMAK STATUS BAYAR BANTUAN MYSTR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
TARIKH BAYAR BANTUAN MYSTR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, akan dilaksanakan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH BAYARAN FASA 1 |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Tarikh bayaran masih belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
CARA BAYARAN BANTUAN MYSTR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN STR |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. |
KADAR TAMBAHAN BANTUAN MYSTR
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima bantuan tambahan bulanan yang dilaksanakan di bawah Program SARA, dengan amaun seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR EKASIH | PENRIMA STR BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
Bantuan tambahan STR melalui Program SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan asas.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf