BANTUAN TUNAI STR 2026 : (FASA 3) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan terus menambah baik peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi memastikan rakyat Malaysia terus menerima manfaatnya, sekaligus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagaimanakah check status STR 2026 layak atau tidak? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 3 2026) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Syarat penerima bantuan STR 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR
Status kelayakan Bantuan Tunai STR 2026 boleh di semak seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR
Kadar kelayakan STR FASA 3 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
TARIKH KREDIT BANTUAN TUNAI STR
Bantuan STR 2026 akan dikreditkan seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| STR FASA 3 | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
CARA KREDIT BANTUAN TUNAI STR
Bantuan Tunai STR 2026 akan dikreditkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Isu Fasa pertama rasanya Bulan 2 February 2025