BANTUAN ONE OFF SARA RM100 2025 – SEMAK CARA CHECK STATUS

BANTUAN ONE OFF SARA RM100 2025 – SEMAK CARA CHECK STATUS

Sebanyak RM2 billion diperuntukan oleh Kerajaan MADANI bagi menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia sebagai penghargaan oleh Kerajaan kepada rakyat.

Bagaimanakah cara check status Bantuan One-off SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA ONLINE : PERCUMA RM100 DALAM MYKAD – CHECK NAMA ANDA

APA ITU BANTUAN ONE OFF SARA

SARA adalah sebuah bantuan tambahan yang disalurkan secara One-off melalui pengkreditan terus ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai serta pasar raya yang terpilih seluruh Malaysia.

JUMLAH BAYARAN ONE OFF SARA 2025

Pembayaran SARA One-off kepada setiap kategori adalah sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN SARA ONE OFF
Isi RumahRM100 suami
dan
RM100 isteri
Warga EmasRM100 setiap seorang
BujangRM100 setiap seorang

TARIKH BAYARAN ONE OFF SARA RM100 2025

Kerajaan akan membayar SARA One-off kepada semua penerima pada tarikh berikut :

TARIKH MULA BAYARAN SARATARIKH AKHIR GUNA SARA
31 Ogos 2025 (Ahad)31 Disember 2025 (Rabu)

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF SARA RM100 2025

22 juta penerima SARA dipilih berdasarkan kriteria kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Status Bujang atau Berkeluarga;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tidak mengira jumlah pendapatan penerima.

CARA CHECK STATUS BANTUAN ONE OFF SARA RM100 2025

Ikuti cara check status penerima Bantuan SARA RM100 One-off seperti berikut :

  1. Layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA’ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100 One-off.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 84XXXXXXXXXX.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Berikut merupakan contoh paparan status kelayakan penerima SARA yang layak :

Nama ProgramPenghargaan SARA
StatusLayak
Tarikh Program Bermula31/08/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)100.00

RUJUKAN

Maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.

Leave a Comment