BANTUAN SARA 100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
YAB Perdana Menteri baru-baru ini telah mengumumkan ‘Penghargaan Kapada Rakyat Malaysia’ dengan memperuntukan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat melalui Bantuan SARA RM100 secara One-off.
Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan SARA 100 One Off? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN STR FASA 3 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) awalnya diberikan secara ansur setiap bulan kepada 5.4 juta rakyat supaya dapat menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas. Namun, Kerajaan telah menambah peruntukan untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan secara One-off (sekaligus).
CARA BAYARAN BANTUAN SARA 100 ONE OFF 2025
Berikut merupakan cara bayaran Bantuan SARA One-off kepada semua penerima :
NEGERI PENERIMA | CARA BAYARAN SARA ONE OFF |
---|---|
Semenanjung Malaysia | Dibayar RM100 sekaligus secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas |
Sabah, Sarawak dan Labuan | Dibayar RM100 sekaligus secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 100 ONE OFF 2025
Pelaksanaan bayaran Bantuan SARA One-off adalah mengikut tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN MASUK SARA ONE OFF | TARIKH AKHIR GUNA SARA ONE OFF |
---|---|
31 Ogos 2025, Ahad | 31 Disember 2025, Rabu |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN SARA 100 ONE OFF 2025
Antara kriteria-kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA One-off adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas;
- Tidak mengira had pendapatan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF 2025
Untuk mengetahui status kelayakan penerima Bantuan SARA RM100 One-off, ikuti panduan cara semak status seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Semakan Status Penerima SARA One-off adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak berwajib di :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my.