PERMOHONAN STR FASA 3 2026 : SYARAT & PANDUAN CARA MOHON
Kerajaan Malaysia kini membuka peluang kepada rakyat yang layak untuk mengemukakan permohonan STR Fasa 3 bagi tahun 2026. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini disediakan khusus bagi membantu meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 di seluruh negara.
Bagi anda yang belum mendaftar atau ingin membuat kemaskini maklumat, ikuti panduan lengkap mengenai syarat kelayakan, kadar bayaran, dan cara permohonan STR Fasa 3 secara atas talian (online) di bawah.
Info Pantas : Permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, permohonan yang diluluskan sebelum tarikh tutup pemprosesan Fasa 3 akan menerima bayaran mengikut fasa berkenaan.
BACA JUGA : SEMAK BAKI MYKASIH ONLINE – BERAPA YANG ADA DALAM MYKAD
KADAR BANTUAN STR FASA 3 2026
Kadar bayaran Bantuan STR yang diterima oleh pemohon berbeza mengikut kategori pendapatan serta bilangan anak / tanggungan. Berikut merupakan kadar keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | Diganti bayaran SARA |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dilaksanakan mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | STATUS KREDIT |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Bermula 20 Januari 2026 | Selesai |
| Fasa 2 | Bermula 10 Mac 2026 | Selesai |
| Fasa 3 | Dijangka Ogos 2026 | Akan Dikreditkan |
| Fasa 4 | Bermula November 2026 | Akan Datang |
SYARAT PERMOHONAN STR 2026
Sebelum kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ketahui syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / duda / janda (ada anak) |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40) |
- Kategori Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / duda / janda (tiada tanggungan) |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kategori Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / duda / janda (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan Bulanan | Bawah RM2,500 sebulan |
CARA PERMOHONAN STR FASA 3 2026
Proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan mudah menerusi Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MySTR
- Buka pelayar web dan terus ke pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pilih Permohonan Baharu
- Klik butang [Permohonan Baharu].
- Pengesahan Pengguna
- Klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Semakan Nombor Kad Pengenalan
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- *Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan
- Dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN STR
- Adakah penerima sedia ada Fasa 1 & Fasa 2 perlu membuat permohonan baru?
- Tidak perlu. Penerima sedia ada yang telah diluluskan sebelum ini akan menerima bayaran STR Fasa 3 secara automatik sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat peribadi atau status pendapatan.
- Bilakah tarikh akhir permohonan bagi membolehkan bayaran diterima pada Fasa 3?
- Permohonan atau kemaskini perlu dilakukan sebelum tarikh pemprosesan data Fasa 3 dimuktamadkan oleh LHDNM. Permohonan yang dibuat selepas tarikh cut-off akan diproses untuk bayaran fasa seterusnya.
- Bagaimana jika saya tidak mempunyai akaun bank?
- Bagi pemohon yang tiada akaun bank atau status akaun gagal kredit, pembayaran bayaran tunai boleh dituntut secara terus di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan membawa MyKad asal.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Artikel ini disediakan semata-mata untuk tujuan perkongsian maklumat dan panduan umum bagi memudahkan carian pengguna. Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, atau mengenakan bayaran bagi maklumat yang dikongsi. Segala semakan dan permohonan rasmi hendaklah dibuat terus melalui portal rasmi LHDNM.