SEMAKAN BANTUAN STR 2026 ONLINE : CARA SEMAK STATUS & TARIKH BAYARAN
Bantuan tunai Kerajaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam mendepani cabaran kos sara hidup semasa.
Untuk mengetahui status kelayakan penerima STR FASA 3, semakan boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi MySTR.
Bagi anda yang ingin membuat semakan Bantuan STR terkini bagi Fasa 3 dan seterusnya, artikel ini menyediakan panduan lengkap merangkumi syarat kelayakan, kaedah semakan status, kadar bayaran mengikut kategori, serta jadual pembayaran rasmi.
Baca juga: MYKASIH CHECK STATUS ONLINE : 2026 SEMAK KELAYAKAN PENERIMA (RM2400 & RM1200 & RM600)
RINGKASAN MAKLUMAT BANTUAN STR 2026
| PERKARA | BUTIRAN |
|---|---|
| Nama | Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 |
| Portal Rasmi | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
| Peringkat Bayaran | Berperingkat (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4) |
| Kumpulan Sasaran | Isi Rumah B40 dan M40, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang |
| Kaedah Semakan | Secara Dalam Talian (Online) Menerusi Portal MySTR |
APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif bantuan kewangan khas di bawah payung Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia.
Bantuan ini bertujuan mengurangkan beban kewangan isi rumah berpendapatan rendah serta memastikan kebajikan rakyat terpelihara menerusi agihan tunai secara berkala sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN SEMAKAN BANTUAN STR 2026
Sebelum membuat semakan Bantuan STR, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan asas mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN STR
Untuk menyemak status permohonan dan bayaran kelayakan anda, sila ikuti langkah mudah semakan Bantuan STR di bawah :
- Layari Portal Rasmi : Buka laman web rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan : Masukkan Nombor Kad Pengenalan (12 digit) anda di ruangan yang disediakan dan tekan butang Semak.
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan : Pastikan Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan adalah betul, kemudian tekan Ya.
- Log Masuk : Masukkan Kata Laluan akaun MySTR anda dan klik Log Masuk.
- Akses Dashboard : Setelah berjaya log masuk, klik pada menu Semakan Permohonan.
- Butiran maklumat akan dipaparkan seperti berikut :
- Status Permohonan STR (Lulus / Tidak Lulus);
- Jumlah Kadar Bayaran Keseluruhan;
- Rekod Bayaran Fasa Terdahulu & Fasa Semasa;
- Status Kelayakan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah)
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3
Berikut adalah kadar agihan pembayaran Bantuan STR Fasa 3 mengikut kategori kelayakan penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan |
JADUAL & TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026
Pengagihan bayaran STR dilaksanakan secara berfasa sepanjang tahun :
| FASA PEMBAYARAN | STATUS & TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Selesai diberikan |
| Fasa 2 | Selesai diberikan |
| Fasa 3 | Akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
| Fasa 4 | belum diumumkan |
Nota : Tarikh rasmi pembayaran Fasa 3 akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman rasmi dikeluarkan oleh MOF.
SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI SEMAKAN BANTUAN STR
- Bagaimanakah jika saya terlupa kata laluan akaun MySTR?
- Anda boleh menekan butang Lupa Kata Laluan di pautan log masuk rasmi dan mengemas kini kata laluan menerusi e-mel yang didaftarkan.
- Mengapakah status semakan Bantuan STR saya menunjukkan ‘Tidak Lulus’?
- Status ‘Tidak Lulus’ kebiasannya disebabkan oleh maklumat pendapatan melebihi syarat, maklumat tanggungan tidak lengkap, atau rekod pemilikan perniagaan. Anda boleh membuat permohonan Rujukan / Rayuan STR di cawangan LHDNM berdekatan.
- Adakah penerima STR automatik layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
- Ya, semua penerima STR dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih DAN bukan eKasih berstatus lulus layak menerima peruntukan elaun barangan asas SARA.
HUBUNGI & RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Artikel ini disediakan bagi tujuan perkongsian maklumat awam dan panduan memudahkan pengguna melakukan carian. Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau mengenakan sebarang caj bayaran. Untuk permohonan dan maklumat rasmi terkini, sila sentiasa rujuk pautan rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan LHDNM.
Saya sakit sawan sepanjang hayat ni,saya tidak boleh bekerja sudah .sebab keluarga saya takut saya sakit di mana-mana tempat.jadi saya di suruh tinggal di rumah sahaja selama ni
ada ke saya layak bantuan str fasa 3
Adakah anda telah menyemak kelayakan?
Semak tarikh STR Fasa 3 diumumkan?
X tau nk semak,