BAKI SARA ONE OFF : CARA SEMAK ONLINE BAYARAN BANTUAN RM100
Setelah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan secara one-off (sekaligus) tidak lama lagi, seramai kira-kira 22 juta rakyat boleh mula menyemak baki yang ada dan boleh digunakan secara online (atas talian).
Bagaimanakah cara semak baki bayaran Bantuan SARA one off secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH KREDIT SARA ONE OFF
Pengkreditan Bantuan SARA One-off adalah bermula pada tarikh berikut :
- 31 Ogos 2025 (Ahad).
JUMLAH KREDIT SARA ONE OFF
Semua 22 juta rakyat Malaysia akan menerima Bantuan SARA secara one-off sebanyak jumlah berikut :
- RM100 setiap individu.
KAEDAH KREDIT SARA ONE OFF
Supaya rakyat dapat menerima bantuan dengan mudah, Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan SARA one-off (sekaligus) melalui MyKad (kad pengenalan) dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
CARA SEMAK BAKI SARA ONE OFF
Berikut merupakan cara semak baki Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KEGUNAAN SARA ONE OFF
Bantuan SARA one-off yang dikreditkan dalam MyKad perlu digunakan untuk pembelian barangan berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF :
- 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.