TARIKH BAYAR DUIT STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Secara lazimnya Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar kepada rakyat berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) pada musim-musim perayaan dan cuti sekolah bagi membantu menampung kos sara hidup dan keperluan rakyat.
Bagaimanakah semakan tarikh bayar duit STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAK SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
KELAYAKAN PENERIMA DUIT STR 2025
Bantuan STR adalah khas untuk rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan berikut :
ISI RUMAH :
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak); atau
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU 19 tahun dan ke atas);
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan.
WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan / Balu / Duda / Janda (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT STR 2025
Layari pautan Laman Web Rasmi mySTR di bawah untuk semakan status penerima :
- Pautan Laman Web Rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik butang [TUTUP] untuk notis ‘makluman terkini’.
- ‘Log Masuk dengan MyDigital ID’ bagi yang mempunyai akaun tersebut; atau
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 89XXXXXXXXXX.
- Klik pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Sahkan nombor kad pengenalan dengan klik butang [Semak].
- Sekiranya ‘Kata Kunci Keselamatan’ yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang betul.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- ‘Profil Pemohon’ akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan] di bawah.
- Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH BAYAR DUIT STR 2025
Terdapat dua (2) kaedah bayaran STR, iaitu :
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima :
- Tiada maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
- Pembayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima melalui ‘IBG Fund Transfer‘ mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
TARIKH BAYAR DUIT STR 2025
Pembayaran Bantuan STR adalah mengikut tarikh berikut :
- Fasa 1 :
- 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025.
- Fasa 2 :
- 24 Mac 2025 hingga 27 Mac 2025.
- Fasa 3 :
- Akhir Julai 2025 hingga Ogos 2025 (jangkaan).
- Fasa 4 :
- November 2025 (jangkaan).
*Nota : Tarikh bayaran Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut pengumuman oleh Kementerian Kewangan (MOF).
KADAR BAYAR DUIT STR 2025
Berikut merupakan kadar bayaran STR bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga Emas | RM600 |
Bujang | RM600 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.