TARIKH BAYAR STR 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar peruntukan sebanyak RM13 billion untuk disalurkan kepada rakyat dalam bentuk wang tunai melalui inisiatif Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan secara berperingkat mengikut empat (4) fasa.
Bagaimanakah semak tarikh bayar STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH BAYAR STR 2025
Pembayaran Bantuan STR adalah mengikut tarikh seperti berikut :
PELAKSANAAN FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari hingga 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac hingga 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | Minggu kedua bulan Ogos 2025 |
Fasa 4 | Belum diketahui |
JUMLAH BAYAR STR 2025
Pada tahun 2025, Bantuan STR dibayar sebanyak jumlah berikut :
KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah B40 dan M40 berpasangan (ada / tiada anak) atau ibu / bapa tunggal (ada anak) :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 dan ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 dan ke atas : RM1,250 |
KATEGORI BUJANG :
- Bujang / balu / duda / janda tiada anak :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 |
*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima pada setiap fasa, penerima perlu menyemak pada portal rasmi STR.
CARA BAYAR STR 2025
Cara bayaran Bantuan STR adalah seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk Sabah dan Sarawak |
Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat termasuk Sabah dan Sarawak |
SEMAKAN STATUS STR 2025
Sila layari pautan Portal Rasmi STR di bawah untuk semakan status kelayakan penerima dan maklumat bayaran :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Pada halaman utama STR, klik [Tutup] untuk ‘pemakluman terkini’.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.