TARIKH BAYAR STR FASA 3 : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYAR STR FASA 3 : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Golongan B40 dan M40 yang telah memohon dan disahkan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pastinya tidak sabar untuk menerima bayaran yang seterusnya iaitu bayaran fasa yang ke-3 pada tahun ini.

Bilakah tarikh bayar STR Fasa 3 dan bagaimanakah semak status penerima? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM900 & RM600)

SYARAT PENERIMA LAYAK STR FASA 3 2025

  • Isi Rumah :
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas :
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang :
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MEDIUM BAYAR STR FASA 3

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ke-3 adalah melalui dua (2) medium yang sama seperti sebelum ini, iaitu :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada pemohon ‘tiada akaun bank’ atau status ‘Gagal Kredit’.

AMAUN BAYAR STR FASA 3

Berikut merupakan amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 kepada semua kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
STR 2025
(KESELURUHAN)
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 sebulan
0 anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600
*Nota : Untuk mengetahui amaun yang akan anda terima bagi bayaran fasa ke-3, sila buat semakan pada laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti panduan di bawah.

TARIKH BAYAR STR FASA 3

Pihak Kementerian Kewangan (MOF) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ke-3 secara rasmi. Oleh itu, pihak kami akan mengemaskini maklumat tarikh bayaran dari semasa ke semasa apabila ianya diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ke-3, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status permohonan dan maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment