CEK PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

CEK PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Berita baik! Semakan penerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan Miskin/Miskin tegar eKasih, kini boleh disemak di Portal Rasmi MySTR.
Berikut disertakan panduan lengkap cara semakan penerima bayaran SARA ONE OFF untuk rujukan anda semua.

Bagaimanakah cek penerima bayaran sumbangan asas rahmah one-off 2024? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca juga: SARA EKASIH ONE OFF 2024 SEMAKAN BAYARAN (RM300/RM150)

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF

SARA ONE OFF 2024 merupakan BANTUAN TUNAI TAMBAHAN kerajaan Madani, secara one-off (bayaran sekaligus) sebanyak RM 300/RM150 kepada kesemua penerima bantuan STR 2024 (lulus dan penerima Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4) yang BUKAN daripada kumpulan Miskin/Miskin Tegar eKasih.

Kadar dan Jumlah bantuan yang disediakan adalah mengikut kategori kelayakan masing-masing sama seperti bantuan STR (isi rumah/warga emas tiada pasangan/bujang). Kaedah penyaluran dan pemberian bantuan ini juga adalah sama seperti pembayaran STR iaitu secara TUNAI, sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun penerima, atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Sementara itu, bagi penerima STR yang TERDIRI daripada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih pula, akan menerima bantuan SARA bulanan seperti biasa.

TARIKH MASUK BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan kelayakan, dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.

PANDUAN LENGKAP CEK PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS ONE OFF

Semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:

  • LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

PERMOHONAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.

Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

CEK JUMLAH BANTUAN PENERIMA BAYARAN SARA

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIM BANTUAN STR
(BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
(Ketua keluarga)
RM 300
Warga Emas Tiada Pasangan
(60 Tahun Keatas)
RM 150
Bujang
(21 hingga 59 tahun)
RM 150

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN

Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :

  • Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
    Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank / ‘Gagal Kredit’ :
    Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.

Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Leave a Comment