JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR (FASA 4 2024 ONLINE)
Terkini! Agihan Bantuan STR untuk Fasa 4 akan dilaksanakan bermula 7 November 2024. Notis ini telah dimaklumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berjadual mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Keutamaan akan diberikan kepada penerima sedia ada, kemudian penerima yang membuat rayuan. Penerima rayuan akan menerima bayaran mulai bulan September akan datang.
Berapakah jumlah bayaran bantuan STR? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : BANTUAN SELANGOR : PERMOHONAN & SEMAKAN
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Kadar bayaran STR untuk Fasa 4 telah dimaklumkan dalam Siaran Media baru-baru ini. Penerima boleh rujuk kadar bayaran mengikut kategori seperti di bawah:
- KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH / BERKAHWIN
- Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM200 – RM700
- Pendapatan RM2500 – RM5000 : RM150 – RM350
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- RM150
- BUJANG
- RM100
SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima boleh menyemak jumlah bayaran STR Fasa 4 secara online. Maklumat pembayaran akan dipaparkan secara terperinci untuk rujukan penerima. Berikut merupakan cara semak jumlah bayaran STR 4:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Selepas membuat semakan, penerima akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun bank atau membuat penunaian di cawangan BSN.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]