CEK STATUS MYKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan kerajaan secara tanpa tunai melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan melalui mykad penerima membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan asas bulanan yang mencukupi, sekali gus meringankan beban kewangan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimanakah cek status mykasih sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: LOG MASUK BANTUAN SYUKUR SABAH : FASA 2 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900)
SYARAT LULUS BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
Penerima Sedia Ada (0.7 Juta Penerima)
- Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Kategori – Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang.
Penerima Baharu (4.7 Juta Penerima)
- Bukan eKasih
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Kategori – Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
CEK AMAUN KELAYAKAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 900 | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
KAEDAH PENYALURAN MYKASIH SARA 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad. |
CEK STATUS PENERIMA MYKASIH SARA 2025 SECARA ONLINE
Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan; dan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara