BANTUAN MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025 : KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Manfaat Bantuan MyKasih dapat membantu sedikit sebanyak meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam perbelanjaan keperluan asas setiap bulan. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan MyKasih kepada lebih ramai rakyat yang berkelayakan.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan MyKasih? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BARANGAN MYKASIH : SENARAI BARANG & CARA GUNA
BILANGAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH MELEPASI STATUS 2025
Kerajaan telah meluaskan bilangan penerima Bantuan MyKasih iaitu daripada hanya seramai 700,000 ribu penerima kepada 5.4 juta penerima yang merangkumi 0.7 juta golongan miskin dan miskin tegar (yang berdaftar dengan e-Kasih) serta 4.7 juta golongan asas bukan miskin.
STATUS KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA | KATEGORI |
---|---|---|
Miskin dan Miskin Tegar (Daftar STR dan e-Kasih) | 0.7 juta penerima | Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang |
Asas Bukan Miskin (Daftar STR sahaja) | 4.7 juta penerima | Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
BANTUAN MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025
Terdapat dua (2) pautan yang boleh diakses untuk semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih, iaitu melalui :
- Pautan Portal Rasmi MyKasih; atau
- Pautan Portal Rasmi STR.
Ikuti panduan semakan status yang lengkap di bawah :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH 2025
Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima Bantuan MyKasih secara ansur berperingkat setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :
STATUS KELAYAKAN | TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH SESI 1 | TARIKH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH SESI 2 |
---|---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Setiap bulan : 15 Januari 2025 hingga 1 Mac 2025 | Setiap bulan : 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 |
Asas Bukan Miskin | – | Setiap bulan : 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 |
KADAR BANTUAN MYKASIH MENGIKUT STATUS PENERIMA 2025
Berikut merupakan kadar Bantuan MyKasih yang akan disalurkan kepada setiap kategori penerima bagi sepanjang tahun 2025 :
KADAR BANTUAN MYKASIH PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN MYKASIH PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM2,100 setahun (RM100 / RM200 sebulan) | Isi Rumah : RM900 setahun (RM100 sebulan) |
Warga Emas : RM1,650 setahun (RM100 / RM150 sebulan) | Warga Emas : RM450 setahun (RM50 sebulan) |
Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan) | Bujang : – |
CARA PEMBELIAN DENGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih untuk pembelian barangan keperluan asas dengan Kad pengenalan (MyKad) mengikut panduan berikut :
- Kunjungi kedai yang menerima bayaran menggunakan Bantuan MyKasih (rujuk : Senarai Kedai Terpilih Di Sini).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
As Salam.sy nk tahu kelayakan sy untuk mendapatkan my kasih.
salam,saya nak tahu kelayakan saya untuk mendapatkan my kasih.
Tak dapat my kasi