TARIKH BAYAR SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH RM900 FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

TARIKH BAYAR SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH RM900 FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN

Program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan memanfaatkan seramai 100,000 ribu rakyat Malaysia yang menetap dan bermastautin di Negeri Sabah serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan setiap fasa.

Bagaimanakah semakan tarikh bayaran Sentuhan Kasih Rakyat Sabah RM900 fasa 2? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PENGELUARAN DUIT KWSP TERBARU : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Antara tujuan utama pemberian Bantuan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

CARA BAYAR BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Terdapat tiga (3) cara bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, iaitu :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
  • Melalui e-Wallet aplikasi YONO Superapp.

TARIKH BAYAR SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH RM900 FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah mengikut tarikh seperti berikut :

  • Fasa 1 (Januari – Mac 2025): Pembayaran bermula Februari 2025.
  • Fasa 2 (April – Jun 2025): Pembayaran bermula April 2025.
  • Fasa 3 (Julai – September 2025): Pembayaran bermula September 2025.
  • Fasa 4 (Oktober – Disember 2025): Pembayaran bermula Oktober 2025.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYAR BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH RM900 FASA 2 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa kedua (2) seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Klik pada butang [Semak].
  5. Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. ⁠Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.

Leave a Comment