BANTUAN BUDI MADANI RM200 (SEMAKAN STATUS BAYARAN)
Untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, kerajaan Madani menyediakan peruntukan subsidi kepada golongan sasar yang layak dengan menyediakan wang tunai RM200 secara bulanan.
Bagaimanakah semakan status bantuan budi madani rm200? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN TUNAI RAKYAT LOGIN (2025 SEMAKAN STATUS)
APA ITU BANTUAN BUDI MADANI
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Dalam belanjawan 2024, kerajaan berhasrat untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Melalui budi madani ini, Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih pula akan diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Terdapat tiga kategori bantuan budi madani iaitu bantuan budi inidvidu, bantuan budi agro-komoditi dan MySubsidi Diesel.
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA
Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia; dan
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah.
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
JUMLAH BANTUAN BUDI MADANI
Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan.
Pembayaran BUDI Individu ini akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan membuat permohonan semula.
LOG MASUK DAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan BUDI MADANI di pautan rasmi seperti berikut :
- Layari portal rasmi BUDI MADANI, di pautan : https://budimadani.gov.my/
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon (12 Digit) mengikut format seperti berikut iaitu tanpa dash (-) : 600101035510.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda.
- Seterunya, Klik butang “Ya” jika ia Frasa Keselamatan anda.
- Masukkan Kata Laluan dan tekan [Log Masuk].
- Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
- Tekan pada [Semakan Status].
- Semak status mengikut kategori yang dimohon dan maklumat pembayaran.
- Kemudian, Status penerima akan terus dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PELAKSANAAN/PERMOHONAN BANTUAN BUDI MADANI
Permohonan Bantuan Dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024. Untuk pendaftaran baharu, tiada tarikh tamat bagi pendaftaran di portal rasmi BUDI MADANI, buat masa ini.
Pembayaran BUDI Individu ini akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan membuat permohonan semula.
TARIKH BAYARAN BUDI MADANI
Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya:
- Lulus 1-31 Ogos 2024 : 9 September 2024
- Lulus 1-30 September : 7 Oktober 2024
- Lulus 1-31 Oktober : 8 November 2024
- Lulus 1-30 November : 6 Disember 2024
- Lulus 1-30 Disember 2024 : 7 Januari 2025
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Terdapat dua (2) kaedah penerimaan bantuan BUDI MADANI, iaitu :
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar seperti dalam sistem BUDI Individu atau
- Secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- BKK HASiL : 1-800-88-2747
- BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]