JUMLAH WANG BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : FASA 4

JUMLAH WANG BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : FASA 4

Bantuan kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bantuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan untuk sesi 2026 dengan penambahbaikan bagi memastikan mereka terus menerima bantuan selayaknya.

Berapakah jumlah wang bantuan str dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : SEMAK STATUS TUNTUTAN MYSALAM – LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 DIBAYAR FASA 4

Jumlah wang bantuan STR 2026 yang dibayar kepada penerima yang layak bagi Fasa 4 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
(FASA 4)
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah
Tiada anak : RM150
1 hingga 2 anak : RM300
3 hingga 4 anak : RM400
5 anak & ke atas : RM500
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : –
1 hingga 2 anak : RM50
3 hingga 4 anak : RM100
5 anak & ke atas : RM150
Warga Emas Tiada Pasangan
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM5,000 dan Ke Bawah
RM150
Bujang
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah

PENERIMA WANG BANTUAN STR 2026

Syarat dan kategori kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH WANG BANTUAN STR DIBAYAR 2026 FASA 4

Tarikh wang bantuan STR 2026 bagi Fasa 4 akan dibayar pada tarikh berikut :

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 4
Tarikh bayaran Fasa 4 2026 belum diumumkan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF)

JUMLAH WANG BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Jumlah wang bantuan STR yang dibayar kepada penerima yang layak bagi sesi 2026 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 4 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 4 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangPembayaran dilaksanakan melalui Program SARA

KADAR WANG TAMBAHAN BANTUAN STR

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima wang tambahan bulanan yang dilaksanakan di bawah Program SARA, dengan kadar seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA STR
E-KASIH
PENERIMA STR
BUKAN E-KASIH
Isi RumahRM200 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100 Sebulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Sebulan
(Januari – Disember)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember)

Bantuan tambahan STR melalui Program SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan asas.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Status kelayakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Fasa 4 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada maklumat akaun bank; ATAU
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment