SKAS SARAWAK LOGIN (2025 REGISTER ONLINE)
Kerajaan Sarawak telah mengumumkan bantuan tambahan tunai untuk keperluan asas bermula tahun 2025 untuk membantu rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah dalam menghadapi masalah kewangan.
Bantuan ini telah dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19.
Berikut disertakan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), untuk rujukan anda semua.
Bagaimanakah login skas sarawak 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SARA ONE OFF RM150 (SEMAKAN PENERIMA BANTUAN 2024)
APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ini khusus untuk golongan sasar yang berpendapatan rendah bagi membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan barangan keperluan lain untuk kelangsungan hidup.
Bantuan ini berfokuskan kepada isi rumah dan individu berpendapatan rendah dan sederhana untuk membantu mereka dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan ekonomi.
Dianggarkan kira-kira seramai 850,000 akan mendapat manfaat ini peruntukkan ini daripada RM450 juta yang akan diperuntukkan. Penerima yang layak akan menikmati antara RM250 hingga RM800 jumlah bantuan, bergantung kepada kelayakan dan kategori masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan bantuan SKAS:
- Warga Sarawak yang menetap di Sarawak.
- Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah.
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 kebawah.
- Bujang berpendapatan RM2,500 kebawah.
Catatan : Bantuan ini adalah untuk pembelian bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas yang lain.
JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak | RM 400 |
Bujang | RM 250 |
JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN
Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
LOGIN SKAS SARAWAK DAN SEMAKAN STATUS
Permohonan dan semakan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan permohonan bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
- Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/
Tukar nmor hp dan email