JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026: FASA 3
Penyasaran semula subsidi membolehkan pihak Kerajaan menambah baik Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang disertakan dengan penambahan bantuan tanpa tunai secara bulanan bagi sesi 2026.
Berapakah jumlah duit bantuan str 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN MYSTR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1
JADUAL BAYARAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan dibuat bayaran secara berfasa mengikut jadual berikut:
| FASA | JADUAL BAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Januari 2026 Sebelum Tahun Baru Cina |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 Sebelum Raya Aidilfitri |
| Fasa 3 | Ogos 2026 Mungkin Sebelum Merdeka |
| Fasa 4 | November 2026 Mungkin Sebelum Deepavali |
JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026
Jumlah duit bantuan STR 2026 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 4 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 4 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Pembayaran dilaksanakan melalui Program SARA |
TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 3
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 | Tarikh bayaran Fasa 3 2026 belum diumumkan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) |
JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 FASA 3
Jumlah duit bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 adalah sebanyak berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 (FASA 3) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : Akan Diumumkan 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : Akan Diumumkan 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | Akan Diumumkan |
| Bujang Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | – |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Syarat dan kategori kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2026
Status kelayakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 3 boleh dibuat semakan secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
CARA PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui cara pembayaran seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
AMAUN TAMBAHAN BANTUAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima bantuan tambahan bulanan yang dilaksanakan di bawah Program SARA, dengan amaun seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR EKASIH | PENERIMA STR BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM100 Sebulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM50 Sebulan (Januari – Disember) |
Bantuan tambahan STR melalui Program SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan asas.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.