BANTUAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA : PERMOHONAN RM30000

BANTUAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA : PERMOHONAN RM30000

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan supaya inisiatif deposit Madani diperkenalkan. Inisiatif madani ini adalah usaha bantuan kepada golongan belia yang ingin membeli rumah pertama mereka, seterusnya mengurangkan beban kewangan yang sering kali menjadi halangan besar.

Nilai deposit yang diberikan kepada pembeli bernilai maksimum RM30,000.

Bagaimanakah PERMOHONAN bantuan deposit rumah pertama? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : CARA MOHON GURU MARA : JAWATAN & IKLAN TERKINI 2024

PENGENALAN

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, menyatakan bahawa dari sudut ekonomi, inisiatif tersebut dapat memberi impak signifikan terhadap kadar pemilikan rumah dalam kalangan belia. Berdasarkan statistik terkini dari Bank Negara Malaysia (BNM), kadar pemilikan rumah dalam kalangan belia berusia antara 25 hingga 34 tahun masih rendah dengan anggaran sekitar 35 peratus. Salah satu faktor utama adalah kos permulaan yang tinggi, termasuk deposit pembelian rumah.

Inisiatif ini juga telah memberi impak kepada industri lain seperti:

  • Merancakkan lagi pasaran hartanah negara.
  • Meningkatkan industri pembinaan.
  • Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

KELAYAKAN BANTUAN DEPOSIT RUMAH

Pemohon yang layak mendapat deposit ini perlu mengikuti syarat-syarat seperti di bawah:

  • Tergolong dalam kategori M40 iaitu pendapatan isi rumah anda setiap bulan tidak lebih RM10,000
  • Tidak pernah ada rumah sendiri yang dijual oleh pemaju hartanah di Malaysia
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Umur mestilah 21 tahun adan ke atas
  • Jikalau beli rumah subsale atau rumah baru (undercon), harga rumah tersebut mesti tidak lebih RM500 ribu
  • Pastikan rumah pertama yang anda beli itu dan menerima bantuan ini daripada kerajaan tidak boleh sama sekali dijual dalam tempoh 10 tahun pertama

PERMOHONAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

Cara permohonan bantuan deposit rumah pertama akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh rujuk seperti tertera di bawah:

Leave a Comment