TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026 : SEMAK SEGERA

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026 : SEMAK SEGERA

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa satu (1) hingga Fasa tiga (3) telah selesai dilaksanakan pada bulan Ogos lalu. Kini, pihak kerajaan akan melaksanakan bayaran Fasa empat (4) pula tidak lama lagi kepada semua penerima yang layak.

Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4 tahun 2026? Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON (PANDUAN LENGKAP)

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 4 TAHUN 2026

Penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah mereka yang telah kemukakan permohonan dan memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • 🤵👰 Kategori Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak);
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B4) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • 🧑‍🦳 Kategori Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 dan tidak lebih RM5,000.
  • 🧑‍🦱 Kategori Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • 21 hingga 59 tahun;
    • Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak);
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026

Berikut merupakan jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi setiap kategori penerima :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Isi Rumah B40 :
0 anak : RM700
1-2 anak : RM1200
3-4 anak : RM1700
>5 anak : RM2200
RM200
RM300
RM400
RM500
RM200
RM300
RM400
RM600
RM150
RM300
RM400
RM600
RM150
RM300
RM400
RM600
Isi Rumah M40 :
0 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
RM100
RM100
RM200
RM300
RM100
RM100
RM150
RM300
RM0
RM150
RM200
RM250
RM0
RM100
RM150
RM200
Warga Emas :
RM600
RM150RM150RM150RM150
Bujang :
Tiada
(Diganti SARA)
––––
*Jumlah bayaran di atas berubah mengikut kelayakan dan pindaan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa. Oleh itu, semua penerima perlu sentiasa membuat semakan status permohonan untuk tahu jumlah sebenar.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2026 akan dibayar kepada penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut tarikh seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Bayaran Fasa 4November 2026
(Tarikh akan dikemaskini semula
apabila diumumkan secara rasmi
oleh Kementerian Kewangan
(MOF)

KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 4 TAHUN 2026

Supaya penerima mudah untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak kerajaan menyediakan dua (2) kaedah pembayaran yang mudah seperti berikut :

KEADAAN PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN STR
Penerima mempunyai akaun
bank atas nama sendiri
dan melengkapkan
maklumat akaun dalam
pendaftaran permohonan STR
Pembayaran secara pengkreditan
berperingkat ke dalam
akaun bank penerima
melalui sistem ‘IBG Pindahan Kredit’
Penerima tiada akaun bank
atas nam sendiri atau
status ‘Gagal Kredit’ atau
tidak melengkapkan maklumat
akaun semasa pendaftaran
permohonan STR
Pembayaran secara tunai terus
di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat dan
penerima perlu membawa kad
pengenalan asal

SEMAKAN PERMOHONAN STR FASA 4 TAHUN 2026

Bagi pemohon yang ingin mengetahui status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, boleh buat semakan terus di laman web rasmi yang tertera di bawah :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

*Penafian : Segala maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada portal rasmi STR. Tujuan penulisan artikel ini adalah untuk memudahkan carian berkaitan Tarikh Pembayaran STR Fasa 4 Tahun 2026. Namun, pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang telah dikongsikan ini.

Leave a Comment