BAYARAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON (PANDUAN LENGKAP)

BAYARAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON (PANDUAN LENGKAP)

Selain daripada menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak 4 fasa, individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bayaran tambahan STR setiap bulan selama 12 bulan.

Bagaimanakah check sara bulanan 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH 2026 STATUS KELAYAKAN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN (RM100 & RM200 & RM50)

APA ITU STR TAMBAHAN?

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan ialah bantuan yang diberikan kepada setiap penerima STR sebagai bantuan tambahan secara bulanan. Bantuan ini merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA), di mana setiap penerima STR akan menerima pengkreditan SARA setiap bulan secara automatik melalui MyKad.

Pelaksanaan STR Tambahan adalah seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
KelayakanPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Cara Pelaksanaan/PembayaranTanpa tunai (cashless) melalui MyKad
Kadar BantuanBermula RM50 sehingga RM200 setiap bulan bermula Januari sehingga Disember
Manfaat/KegunaanBoleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar

KADAR BAYARAN STR TAMBAHAN 2026

Jumlah bantuan STR dan Bantuan Tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR 2026, adalah seperti berikut :

  • Jumlah Bantuan STR 2026 :
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN (SETAHUN)
Isi rumah
berpendapatan RM2500 ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah
berpendapatan RM2501 hingga RM5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangBayaran diganti dengan SARA
(RM50 Setiap Bulan)
  • Jumlah Bayaran STR Tambahan 2026 :
KATEGORI PENERIMA BERDAFTAR EKASIH
(STR & EKASIH)
BUKAN EKASIH
(STR SAHAJA)
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
BujangRM100 Setiap Bulan
(Januari – Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari – Disember)

CARA MOHON STR TAMBAHAN 2026

Untuk melayakkan anda menerima STR tambahan, bantuan STR perlu di mohon terlebih dahulu, cara permohonan boleh diikuti seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

TIPS LULUS STR TAMBAHAN

Untuk anda lulus menerima bantuan tambahan STR, anda perlu mengikuti tips berikut :

  • Lulus dan Menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Berdaftar Sistem eKasih (sekiranya Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan semasa).

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan di atas, anda layak menerima pengkreditan STR Tambahan setiap bulan melalui MyKad.

SEMAK STATUS KELAYAKAN BAYARAN STR TAMBAHAN

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 100.00
  9. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Status Kelayakan SARA akan dipaparkan.
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai STR Tambahan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment