TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kesemua 8.3 juta penerima yang disahkan layak telah selesai menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan tentunya kini menunggu bayaran Fasa 2 masuk. Bukan itu sahaja, penerima baharu yang baru disahkan layak juga menunggu untuk menerima bayaran Fasa 2 yang akan dibayar tidak lama lagi.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 dan bagaimanakah semakan status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : DUIT BANTUAN DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS  KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibayar menggunakan kaedah yang sama seperti sebelum ini, iaitu bergantung kepada penerima yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
  • Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dianggarkan bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa mengikut makluman terkini.

JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 2

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :
    • RM150 hingga RM650 (tertakluk bilangan anak).
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
    • RM100 hingga RM300 (tertakluk bilangan anak).
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150.
  • Bujang :
    • RM150.

*Nota : Jumlah bayaran Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu adalah berbeza dan perlu disemak melalui laman rasmi untuk mengetahui jumlah yang tepat.

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2025 FASA 2

Ketahui status kelayakan anda menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melalui semakan di laman rasmi di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

Leave a Comment