TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan daripada Kerajaan disalurkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa khas untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdehana yang menepati kelayakan yang ditetapkan dan kini adalah fasa kedua (2).
Bilakah tarikh bayar Bantuan Tunai Rahmah fasa 2 dan bagaimanakah semakan status? Ikuti penjelasan dan panduan lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Pemberian Bantuan Tunai Rahmah adalah khas kepada individu yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- ISI RUMAH :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM5,000.
- WARGA EMAS :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- BUJANG :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 3 April 2025 |
Kredit ke dalam akaun bank penerima | 3 April 2025 dan berperingkat |
KADAR AMAUN BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Setiap kategori penerima akan menerima kadar amaun Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 yang berbeza seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | RM150 hingga RM650 (bergantung bil. anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501-RM5,000) | RM100 hingga RM300 (bergantung bil. anak) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Bujang/Balu/Duda/Janda (Umur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR AMAUN BANTUAN TUNAI RAHMAH |
---|---|
Bujang/Balu/Duda/Janda (Umur 21 hingga 59 tahun) | RM150 |
SEMAKAN STATUS BAYAR BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Layari pautan Portal Rasmi di bawah untuk semakan status bayaran fasa 2 :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Bantuan Tunai Rahmah | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.
Àku dok mohon dgn isteri aku.. xdapat pasaiapa xtau… Bgtau sbb apa xluluskan senang…