BANTUAN KAHWIN KELANTAN : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON

BANTUAN KAHWIN KELANTAN : SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON

Bagi meringankan bebanan kewangan pihak pengantin lelaki dalam membuat persiapan perkahwinan, Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan satu (1) bentuk bantuan tunai iaitu Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj khas untuk yang ingin berkahwin (tertakluk syarat dan kelayakan).

Bagaimanakah semak kelayakan dan cara mohon Bantuan Kahwin Kelantan? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN BANTUAN SARA – SETIAP BULAN DALAM IC

JUMLAH BANTUAN KAHWIN KELANTAN

Berikut merupakan jumlah Bantuan Kahwin (Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj) yang akan disalurkan kepada pemohon yang layak :

PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Bakal pengantin lelakiRM1,000.00

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KAHWIN KELANTAN

Hanya mereka yang benar-benar memenuhi syarat kelayakan sahaja yang layak untuk memohon Bantuan Kahwin (Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj). Antara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah lelaki;
  • Dilahirkan di Kelantan (kad pengenalan 03 atau 29) atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan lebih 15 tahun;
  • Merupakan perkahwinan pertama;
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 sebulan;
  • Tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu.

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN KAHWIN KELANTAN

Pemohon yang berkelayakan disarankan untuk mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan dan permohonan yang lewat dihantar atau lewat diterima tidak akan diproses.

CARA MOHON BANTUAN KAHWIN KELANTAN

Rujuk panduan lengkap cara mohon Bantuan Kahwin (Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj) dengan mudah seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi Az-Ziwaaj : https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, klik butang [Pendaftaran].
  3. Isi ruangan yang bertanda * dengan betul dan lengkap.
  4. Cipta kata laluan anda mengikut format yang dibenarkan.
  5. Sahkan anda bukan robot dengan tanda pada [I’m not a robot].
  6. Klik pada butang [Daftar].
  7. Pendaftaran akaun anda telah disahkan.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  10. Masukkan kata laluan yang telah anda cipta.
  11. Sekali lagi sahkan anda bukan robot.
  12. Klik pada butang [Log Masuk].
  13. Terus ke bahagian [Permohonan Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj].
  14. Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
  15. Klik pada butang [Hantar].
  16. Permohonan anda akan diproses.
  17. Klik pada butang [Catak].
  18. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MEMOHON

Namun, pemohon perlu sertakan bersama dokumen sokongan yang diperluakan seperti berikut :

  • Salinan borang permohonan;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan surat beranak / Sijil kelahiran;
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan / Surat pengecualian Kursus Perkahwinan;
  • Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV);
  • Salinan Permohonan untuk kebenaran berkahwin (Borang 1);
  • Salinan Slip Gaji / Pengesahan pendapatan oleh penghulu mukim / penggawa;
  • Gambar berukuran Passport dan salinan pengesahan nombor akaun / penyata akaun bank.

RUJUKAN LANJUT

Maklumat dalam artikel ini adalah dirujuk daripada pihak rasmi. Sekiranya tuan / puan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Kahwin (Kelantan) ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://eazziwaaj.kelantan.gov.my/.

Leave a Comment