MYKASIH CHECK BAKI – BAYARAN BULANAN
Terbaru, bayaran Bantuan MyKasih telah dikreditkan untuk bulan ini kepada seramai lebih 8.1 juta penerima dan setiap penerima pastinya mempunyai baki yang berbeza mengikut jumlah kredit dan penggunaan masing-masing.
Bagaimanakah cara check baki bayaran MyKasih? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH KREDIT SARA DALAM MYKAD BULAN JUN 2026
MEDIUM BAYARAN MYKASIH
Bagi memudahkan penerima menerima bayaran Bantuan MyKasih, Kerajaan menyalurkan bayaran melalui satu (1) medium sahaja, iaitu :
🪪 Dalam Kad Pengenalan.
*Penerima tidak boleh buat pengeluaran tunai dari dalam Kad Pengenalan, tetapi boleh guna untuk beli barang secara tanpa tunai (cashless) guna Kad Pengenalan sahaja.
JUMLAH BAKI MYKASIH BAYARAN BULANAN
Berikut merupakan jumlah baki bayaran Bantuan MyKasih bagi setiap kategori penerima :
- KATEGORI BUJANG :
| KELAYAKAN BUJANG | BAYARAN BULANAN | JUMLAH BAKI TERKUMPUL | JUMLAH BAKI BELUM DIBAYAR |
|---|---|---|---|
| Bujang status ‘Miskin Tegar’ | RM100 sebulan | RM600 | RM600 |
| Bujang status ‘Bukan Miskin’ | RM50 sebulan | RM300 | RM300 |
- KATEGORI ISI RUMAH :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | BAYARAN BULANAN | JUMLAH BAKI TERKUMPUL | JUMLAH BAKI BELUM DIBAYAR |
|---|---|---|---|
| Isi Rumah status ‘Miskin Tegar’ | RM200 sebulan | RM1,200 | RM1,200 |
| Isi Rumah status ‘Bukan Miskin | RM100 sebulan | RM600 | RM600 |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | BAYARAN BULANAN | JUMLAH BAKI TERKUMPUL | JUMLAH BAKI BELUM DIBAYAR |
|---|---|---|---|
| Warga Emas status ‘Miskin Tegar’ | RM150 sebulan | RM900 | RM900 |
| Warga Emas status ‘Bukan Miskin’ | RM50 sebulan | RM300 | RM300 |
CARA CHECK BAKI MYKASIH
Ikuti cara check baki bayaran Bantuan MyKasih secara online melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini :
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan jumlah baki MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN BULANAN MYKASIH
Berikut merupakan jadual bayaran bulanan Bantuan MyKasih untuk tahun 2026 :
| TARIKH BAYARAN TELAH DILAKSANAKAN | TARIKH BAYARAN BAKAL DILAKSANAKAN |
|---|---|
| 9 & 16 Januari 2026 | 1 Julai 2026 |
| 1 Februari 2026 | 1 Ogos 2026 |
| 1 Mac 2026 | 1 September 2026 |
| 1 April 2026 | 1 Oktober 2026 |
| 1 Mei 2026 | 1 November 2026 |
| 1 Jun 2026 | 1 Disember 2026 |
KEGUNAAN BAKI MYKASIH
Ketahui barang yang boleh beli dan tidak boleh beli guna Bantuan MyKasih :
| ✅ BOLEH GUNA MYKASIH | ❎ TAK BOLEH GUNA MYKASIH |
|---|---|
| -Barang dapur -Perasa minuman -Lampin pakai buang -Sabun & syampu -Ubat gigi & berus gigi -Alat tulis -Beg sekolah -Ubat-ubatan dan lain-lain yang ada label MyKasih pada rak tanda harga | -Barang elektronik -Kasut sukan -Baju / pakaian -Supplemen -Bayaran yuran -Rokok / vape -Pembelian online dan lain-lain yang tidak mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.