SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk tahun 2026 kini melaksanakan bayaran terakhir iaitu Fasa Empat (4) yang akan memanfaatkan lebih 5.5 juta penerima dari kategori isi rumah dan warga emas.
Bagaimanakah semak status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4? Ketahui panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA MOHON STR SARA : PENERIMAAN BAYARAN 2027
APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah program bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Bantuan ini disalurkan dalam bentuk wang tunai kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan. Program STR dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi pihak kerajaan.
Antara tujuan utama Sumbangan Tunai Rahmah adalah :
- Membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
- Menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.
- Membantu keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan harian.
- Menyokong kebajikan isi rumah dan warga emas yang layak.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah :
| KATEGORI PENERIMA | KETERANGAN SYARAT |
|---|---|
| Isi Rumah | Ketua isi rumah yang merupakan Warganegara Malaysia, berpendapatan bawah RM2,500 (B40) atau tidak lebih RM5,000 (M40) |
| Warga Emas | Individu yang merupakan Warganegara Malaysia, berumur 60 tahun dan ke atas, bujang / balu / duda yang tiada anak masih tanggungan |
| Bujang | Individu yang merupakan Warganegara Malaysia, berumur 21 hingga 59 tahun, pendapatan tidak lebih RM2,500 sebulan dan bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS |
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 bagi setiap kategori adalah berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
- Tiada anak : RM150
- 1 – 2 orang anak : RM300
- 3 – 4 orang anak : RM400
- Lebih 5 orang anak : RM500
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
- Tiada anak : –
- 1 – 2 orang anak : RM100
- 3 – 4 orang anak : RM150
- Lebih 5 orang anak : RM250
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- Tiada anak : RM150
- Bujang Umur 21 – 59 Tahun :
- Tiada anak : –
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 tidak lama lagi mengikut tarikh seperti berikut :
| CARA BAYARAN | TARIKH SUMBANGAN |
|---|---|
| Bayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Belum diperincikan |
| Bayaran secara pengkreditan dalam akaun bank penerima | Belum diperincikan |
SALURAN RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
☎️ Talian STR HASiL : 1800 88 2747
📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
💻 E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.