CHECK STATUS KREDIT SARA : SEMAK BAKI TERKINI DALAM MYKAD

CHECK STATUS KREDIT SARA : SEMAK BAKI TERKINI DALAM MYKAD

Pengkreditan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) adalah dilaksanakan setiap bulan secara automatik terus ke dalam MyKad penerima. Namun, masih ada penerima yang belum mengetahui status kelayakan dan mempunyai baki penuh yang belum digunakan untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah cara check status kredit SARA? Rujuk panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS PERMOHONAN STR : BAYARAN FASA 4 2026

JUMLAH KREDIT SARA TERKINI

Berikut merupakan jumlah Bantuan SARA yang telah dikreditkan dan belum dikreditkan mengikut kategori penerima :

KATEGORI PENERIMA
&
JUMLAH SARA
TELAH DIKREDITKAN
(RM)
BELUM DIKREDITKAN
(RM)
Isi Rumah
Miskin Tegar :
RM2,400 setahun
2,000400
Warga Emas
Miskin Tegar :
RM1,800 setahun
1,500300
Bujang
Miskin Tegar :
RM1,200 setahun
1,000200
Isi Rumah
Bukan Miskin :
RM1,200 setahun
1,000200
Warga Emas
Bukan Miskin :
RM600 setahun
500100
Bujang
Bukan Miskin :
RM600 setahun
500100

JADUAL TARIKH KREDIT SARA

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan SARA untuk tahun 2026 :

  • Januari : 09 & 16/01/2026 (Jumaat) ✅
  • Februari : 01/02/2026 (Ahad) ✅
  • Mac : 01/03/2026 (Ahad) ✅
  • April : 01/04/2026 (Rabu) ✅
  • Mei : 01/05/2026 (Jumaat) ✅
  • Jun : 01/06/2026 (Isnin) ✅
  • Julai : 01/07/2026 (Rabu) ✅
  • Ogos : 01/08/2026 (Sabtu) ✅
  • September : 01/09/2026 (Selasa) ✅
  • Oktober : 01/10/2026 (Khamis) ✅
  • November : 01/11/2026 (Ahad) 🔜
  • Disember : 01/12/2026 (Selasa) 🔜

*Catatan : Tarikh yang bertanda “✅” telah dikreditkan. Manakala, yang bertanda “🔜” akan dikreditkan.

TEMPOH GUNA KREDIT SARA

Walaupun baki Bantuan SARA dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan pada bila-bila masa, penerima perlu ketahui bahawa ianya mempunyai tempoh sah guna selama berikut :

TEMPOH PENGGUNAANTARIKH TAMAT TEMPOH
12 bulan
(Januari hingga Disember)
31 Disember 2026
*Nota : Kegagalan menggunakan baki kredit Bantuan SARA sebelum 31 Disember 2026, baki tersebut akan dibatalkan dan tidak boleh digunakan lagi.

CHECK STATUS KREDIT SARA

  1. Layari laman web “Check Status” di pautan ini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Bahagian “Check Status” akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor MyKad anda dengan tepat.
    • Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
  4. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan dan baki Bantuan SARA terkini akan dipaparkan seperti contoh berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Ini (RM)200.00

CARA GUNA KREDIT SARA

Bagi penerima yang layak serta mempunyai baki kredit Bantuan SARA dalam MyKad, disarankan untuk menggunakannya bagi membeli barang keperluan asas mengikut cara berikut :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment