SEMAK STATUS PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2026
Oleh kerana permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka sepanjang tahun, penerima yang layak menerima bayaran dari fasa ke fasa akan meningkat dan dijangka penerima untuk fasa 3 akan bertambah sehingga seramai hampir 8.5 juta.
Bagaimanakah semakan status permohonan STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA SEMAKAN BAYARAN SETIAP BULAN 2026
SYARAT PERMOHONAN STR 2026
Permohonan Sumbagan Tunai Rahmah (STR) yang diterima adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak status tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau Sehingga RM5,000 (M40) |
- Kelayakan Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak status tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kelayakan Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak status tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 sebulan |
SEMAK STATUS PERMOHONAN STR
Untuk yang mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh ketahui status kelayakan dan kelulusan secara atas talian (online) seperti berikut :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar mengikut kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 / 2 anak : RM1,200 3 / 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 / 2 anak : RM450 3 / 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | – (hanya terima bayaran SARA) |
JADUAL BAYARAN STR 2026
Setakat ini, bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual seperti berikut :
| FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari – 27 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac – 30 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | November 2026 |
MEDIUM BAYARAN STR 2026
Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui medium yang berbeza dengan penerima yang tiada akaun bank sepert berikut :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank atas nama sendiri | Bayaran secara pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
| Tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank | Bayaran secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.