SUMBANGAN ASAS RAHMAH KELAYAKAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SUMBANGAN ASAS RAHMAH KELAYAKAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 ditambahbaik dimana ia turut disalurkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan dan akan dilaksanakan pada pertengahan bulan tahun 2025.

Apakah syarat kelayakan penerima sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MY KASIH 2025 SEMAK : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

PORTAL SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal Rasmi MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH DI PORTAL MYKASIH

Status penerima My Kasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH DI PORTAL MYSTR

Status penerima My Kasih juga boleh disemak melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

KEGUNAAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Penyaluran bantuan MyKasih adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima yang berdaftar. Penerima yang LULUS bantuan MyKasih boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih seperti barang dapur, makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia tanpa menggunakan wang fizikal.

TARIKH PENGKREDITAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)

JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan BERSTATUS eKasih:
    • Kategori Isi Rumah (RM100/RM200 sebulan) – RM2,100;
    • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (RM150/100 Sebulan) – RM 1,650;
    • Bujang (RM50 Sebulan) – RM600
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (BUKAN eKasih):
    • Kategori Isi Rumah (RM100 sebulan) – RM900;
    • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (RM50 Sebulan) – RM450

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment