SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 BILA MASUK : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN SARA
Bilakah sumbangan asas rahmah masuk dan bagaimanakah semak senarai nama penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 BILA MASUK
Sejurus selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah bakal diperluaskan kepada lebih ramai penerima, pastinya ramai yang tertanya-tanya ‘bilakah Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 akan dimasukkan?’.
Berikut merupakan jadual Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 akan dimasukkan :
PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN & MISKIN TEGAR) | PENERIMA BAHARU (ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|
Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
BERAPA JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 MASUK
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah akan dimasukkan kepada penerima mengikut kelayakan seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
KELAYAKAN KATEGORI | JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 setahun |
WARGA EMAS | RM1,200 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- Penerima Baharu :
KELAYAKAN KATEGORI | JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM450 setahun |
BUJANG | – |
CARA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 MASUK
Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, Sumbangan Asas Rahmah akan dimasukkan dengan cara tanpa tunai melalui akaun kad pengenalan (MyKad) penerima secara ansur setiap bulan khusus digunakan sebagai kad untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai dan pasaraya seluruh Malaysia.
Bagi penerima yang menetap di Sabah dan Sarawak pula, kerajaan akan memasukkan Sumbangan Asas Rahmah secara tunai ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi setiap dua (2) kali setahun.
SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah 2025, sila semak pada pautan di bawah :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Sumbangan Asas Rahmah (SARA)’ akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.