STR TAMBAHAN 2025 SEMAKAN KELAYAKAN : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM2100 & RM900 & RM600)
Tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperuntukan sebanyak RM13 billion bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup dan meningkatkan kadar kewangan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah str tambahan semakan kelayakan penerima? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET RM200 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR dan Tambahan (SARA) bagi setiap kategori penerima :
- Penerima STR Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN |
---|---|---|
ISI RUMAH (Pendapatan Bawah RM2,500) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | RM2,100 |
WARGA EMAS | RM600 | RM1,650 |
BUJANG | RM600 | RM600 |
- Penerima STR Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN |
---|---|---|
ISI RUMAH (Pendapatan Bawah RM2,500) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | RM900 |
ISI RUMAH (Pendapatan RM2,501 Hingga RM5,000) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | RM900 |
WARGA EMAS | RM600 | RM450 |
BUJANG | RM600 | – |
BILANGAN PENERIMA STR TAMBAHAN 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan STR dan Tambahan (SARA) adalah seramai :
JENIS BANTUAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Bantuan STR 2025 | 8.3 juta penerima (fasa pertama) |
Bantuan STR Tambahan (SARA) 2025 | 5.4 juta penerima |
JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Pembayaran Bantuan STR dan Tambahan (SARA) adalah secara ansur berperingkat mengikut jadual berikut :
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025 | TARIKH BAYARAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2025 |
---|---|
Bayaran mengikut fasa : Pertama : 22 – 28 Januari 2025 Kedua : Belum diumumkan Ketiga : Belum diumumkan Keempat : Belum diumumkan | Bayaran setiap bulan : 15 Januari 2025 Februari 2025 Mac 2025 April 2025 Mei 2025 Jun 2025 Julai 2025 Ogos 2025 September 2025 Oktober 2025 November 2025 Disember 2025 |
CARA BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Cara pembayaran Bantuan STR dan Tambahan adalah berbeza seperti berikut :
JENIS BANTUAN | CARA BAYARAN |
---|---|
Bantuan STR 2025 | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
Bantuan Tambahan (SARA) 2025 | Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas |
STR TAMBAHAN 2025 SEMAKAN KELAYAKAN
Ikuti panduan semakan kelayakan status penerima Bantuan STR dan tambahan (SARA) di pautan Portal Rasmi berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR 2025 di atas.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan STR / SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.