SEMAKAN SKAS BANTUAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN 2025 SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

SEMAKAN SKAS BANTUAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN 2025 SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

Bagi memenuhi keperluan asas harian Rakyat Sarawak, Kerajaan Sarawak memperkenalkan bantuan dalam bentuk baucar digital khusus untuk pembelian barangan makan asas seperti makanan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: MYSALAM TUNTUTAN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) merupakan bantuan kewangan oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyatnya melalui baucar digital iaitu e-dompet S Pay Global khusus untuk pembelian barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, dan minyak masak di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar sebagai merchant S PAY GLOBAL.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kelayakan penerima Bantuan SKAS Sarawak 2025 seperti:

  • Warganegara Malaysia;
  • Kad Pengenalan berstatus ‘K’ dan menetap di Sarawak; DAN
  • Lulus dan merupakan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2024 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawahRM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

CARA PENGKREDITAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) Sarawak seperti berikut:

BANTUANKAEDAH PENYALURAN SKAS
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)Bantuan akan dikreditkan dalam bentuk Baucar Digital Sarawak melalui S PAY GLOBAL.

Mereka yang tidak mempunyai akaun S PAY GLOBAL, hendaklah membuat pendaftaran dan mengaktifkan akaun tersebut untuk menerima pembayaran bantuan Sarawak.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak dijadualkan seperti berikut:

JENIS BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)18 Februari 2025
(Selasa)

Bantuan ini akan disalurkan kepada 886,288 penerima yang layak berdasarkan jumlah penerima STR.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK

Semakan status kelayakan penerima ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ bantuan skas sarawak secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
  2. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  3. Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
  4. Klik [My Individual Account].
  5. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
  6. Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
  7. Selesai.

PANDUAN PENDAFTARAN SARAWAK ID

Jika masih belum mempunyai Sarawak ID, pendaftaran Sarawak ID boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
  2. Pilih [Jenis Pengenalan].
  3. Lengkapkan [Profil] anda dan klik [Teruskan].
  4. Lengkapkan [Butiran Akaun] dan klik [Teruskan].
  5. Masukkan [Nombor Telefon Bimbit] atau [e-Mel] untuk terima OTP dan Klik [Hantar].
  6. Masukkan [OTP] yang diterima dan Klik [Hantar].
  7. Kemudian, [Verified] akan dipaparkan pada Sistem, dan Klik [Teruskan].
  8. Selesai.

CARA PENGAKTIFAN AKAUN S PAY GLOBAL SARAWAK

Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apple App Store (pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
  3. Kemudian, masukkan butiran maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap. pada bahagian pendaftaran.
  4. Muat naik gambar MyKad anda.
  5. Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui e-mel atau SMS.
  6. Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan.
  7. Kemudian, Log Masuk.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

SKAS Sarawak

S PAY GLOBAL

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/

Leave a Comment