STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) adalah seramai 8.3 juta serta melibatkan kadar implikasi sehingga RM2.3 billion dan dianggarkan jumlah penerima bertambah serta kadar implikasi akan meningkat untuk pembayaran fasa kedua (2).
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 2 masuk? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN LESEN PERCUMA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
PROSES BAYARAN STR FASA 2 2025
Proses bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada jenis penerima berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor dan jenis akaun bank yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan STR | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran (termasuk penerima Sabah dan Sarawak) |
AMAUN STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025
Kadar amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) akan dimasukkan sebanyak :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | AMAUN BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 (Bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM100 hingga RM300 (Bergantung bilangan anak) |
- Kategori Bujang/Balu/Janda/Duda :
KELAYAKAN BUJANG | AMAUN BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) | RM150 |
*Nota : Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima bayaran fasa kedua (2) yang berbeza dan perlu membuat semakan di portal rasmi STR.
TARIKH STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dijangka akan dimasukkan bermula pada :
PERKARA | TARIKH BAYARAN STR |
---|---|
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) | Bermula 3 April 2025 dan berperingkat |
WAKTU STR FASA 2 MASUK BAYARAN 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima mengikut waktu berikut :
BIL. | JENIS AKAUN BANK PENERIMA | WAKTU BAYARAN MASUK |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
PAUTAN PORTAL RASMI STR 2025
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh diakses untuk semakan status, permohonan dan kemaskini :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
PORTAL RASMI SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR LHNDM) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.
memerlukan bantuan
masih sekolah
buat lesen motor