STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif bantuan kewangan kerajaan yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).

Bilakah str 2025 tarikh pembayaran fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN B40 : SEMAKAN SENARAI PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

STR 2025 JUMLAH PEMBAYARAN FASA 1

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 iaitu sebanyak RM13 billion yang merupakan peruntukan tertinggi berbanding tahun lalu. Bagaimanapun, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar mengikut kategori penerima.

Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 Fasa 1:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2025
JUMLAH BAYARAN
STR FASA 1
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
(B40)
0 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
0 anak : RM500
1-2 anak : RM500
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
(M40)
0 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
0 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM600RM150
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
RM600RM150

STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1

Penerima sedia ada, pemohon baharu dan rayuan yang telah melepasi tapisan serta berstatus ‘LULUS’ Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025, akan menerima pembayaran Fasa 1 secara berperingkat bermula pada 22 Januari 2025.

CEK KELAYAKAN STR 2025 PEMBAYARAN FASA 1

Untuk mengetahui layak atau tidak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, semakan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘LULUS’ atau ‘DALAM PROSES’.
  14. Selesai.

STR 2025 CARA PEMBAYARAN FASA 1

Bagi memudahkan rakyat untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan masih mengekalkan cara pembayaran yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini juga, iaitu bergantung kepada penerima itu sendiri samaada mempunyai akaun bank atau tidak.

Berikut merupakan cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf dan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20Pembayaran%20Fasa%201%20STR%202025.pdf.

8 thoughts on “STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

Leave a Comment