BANTUAN B40 2025 : SEMAKAN SENARAI PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN B40 2025 : SEMAKAN SENARAI PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Mengikut belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-10, kumpulan rakyat berpendapatan rendah (B40) akan menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan bagi sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semakan senarai penerima bantuan b40? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA EKASIH : CEK LAYAK ATAU TIDAK (BANTUAN RM50 & RM100 SETIAP BULAN)

SENARAI BANTUAN B40 2025

Berikut merupakan senarai Bantuan daripada Kerajaan khas untuk kumpulan B40 bagi sepanjang tahun 2025 :

  • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

KADAR AMAUN BANTUAN B40 2025

Bantuan untuk golongan B40 akan disalurkan mengikut kadar amaun seperti berikut :

  • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
BANTUAN STR 2025
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
BujangRM600
Warga EmasRM600
  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Disalurkan mengikut kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
BANTUAN SARA 2025
Isi Rumahe-Kasih : RM1,200 & Bukan e-Kasih : RM900
Bujange-Kasih : RM60 & Bukan e-Kasih : –
Warga Emase-Kasih : RM1,200 & Bukan e-Kasih : RM450

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN B40 2025

Kaedah penyaluran Bantuan kepada golongan B40 adalah berbeza seperti berikut :

JENIS BANTUANKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN B40 2025
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
Disalurkan ke dalam akaun bank penerima
atau
Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional
Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)
Disalurkan ke dalam kad pengenalan penerima
atau
Sama seperti penyaluran Bantuan STR

SEMAKAN SENARAI PENERIMA BANTUAN B40 2025

Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima Bantuan B40 (STR dan SARA), semakan boleh dilakukan di pautan laman rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Bantuan STR dan Bantuan SARA akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf & https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment