CARA DAFTAR SKAS (ONLINE 2026 BANTUAN SARAWAK)

CARA DAFTAR SKAS (ONLINE 2026 BANTUAN SARAWAK)

Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) diteruskan untuk tahun 2026 dengan penambahbaikan di mana kadar bayaran bagi setiap fasa ditingkatkan bagi memastikan keperluan penerima mencukupi.

Bagaimanakah cara daftar bantuan skas sarawak secara online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN TAMBAHAN STR : 2026 ONLINE SEMAKAN STATUS

CARA DAFTAR SKAS SARAWAK

Bantuan kewangan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi pembelian barangan makanan asas adalah secara automatik berdasarkan sumber data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

SYARAT KELAYAKAN SKAS

Kelayakan penerima bantuan SKAS 2026 terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori & Kelayakan Penerima :

KATEGORIKELAYAKAN PENERIMA
Isi RumahBerkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga EmasBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah;

Had umur 60 tahun dan ke atas
BujangBujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Bujang berumur antara 21-59 tahun;

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19-59 tahun;

Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

KADAR KELAYAKAN SKAS SARAWAK

Jumlah Bantuan SKAS 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAFASA 1FASA 2FASA 3TOTAL
Isi Rumah RM316RM424RM360RM1,100
Warga Emas Tanpa PasanganRM166RM234RM200RM600
BujangRM100RM150RM125RM375

TARIKH MASUK BAYARAN SKAS

Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026
Fasa 215 Mei 2026
Fasa 310 November 2026

CARA PENYALURAN DUIT SKAS

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara seperti berikut :

KAEDAH BAYARANPLATFORM
Secara Tanpa tunai (Baucar Digital)Aplikasi S Pay Global (e-Dompet)

CARA SEMAK SKAS ONLINE

Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  4. Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment