SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN YANG DIKREDIT MASUK KE DALAM MYKAD

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN YANG DIKREDIT MASUK KE DALAM MYKAD

Tujuan penyaluran tambahan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara ansur setiap bulan kepada seramai hampir 9 juta rakyat Malaysia adalah untuk membantu meringankan kos perbelanjaan barang dapur dan keperluan asas bulanan.

Bagaimanakah semakan status bayara SARA dalam MyKad? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH 2026 ONLINE : AKAN TERIMA BAYARAN SEBANYAK RM200 SETIAP BULAN JIKA LEPAS KELAYAKAN

JADUAL BAYARAN SARA 2026

Pembayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara ansur bulanan akan dilakukan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH BAYARANTEMPOH GUNATARIKH AKHIR GUNA
09 & 16 Januari 2026
01 Februari 2026
01 Mac 2026
01 April 2026
01 Mei 2026
01 Jun 2026
01 Julai 2026
01 Ogos 2026
01 September 2026
01 Oktober 2026
01 November 2026
01 Disember 2026
12 bulan31 Disember 2026

JUMLAH BAYARAN SARA 2026

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dengan jumlah yang ditetapkan seperti berikut :

KELAYAKAN
PENERIMA
ISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Miskin TegarRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Bukan MiskinRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

CARA TERIMA BAYARAN SARA 2026

Berikut merupakan perbezaan cara terima bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara setiap bulan dan juga One-Off :

JENIS PENYALURANCARA TERIMA BAYARAN
Setiap BulanTerima bayaran secara tanpa tunai
yang dikreditkan automatik terus
ke dalam Kad Pengenalan (MyKad)
khusus untuk pembelian barang
keperluan asas setiap bulan
Sekaligus
(One-Off)
Terima bayaran secara tanpa tunai
yang dikreditkan automatik terus
ke dalam Kad Pengenalan (MyKad)
khusus untuk pembelian barang
keperluan asas sekaligus
*Bayaran sekaligus boleh digunakan bersama bayaran setiap bulan (jika layak).

SYARAT LAYAK TERIMA SARA 2026

Kerajaan meletakkan syarat-syarat untuk menerima Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) secara ansur setiap bulan adalah seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had UmurIsi Rumah :
18 tahun & ke atas

Bujang :
21 hingga 59 tahun

Warga Emas :
60 tahun & ke atas
Status PerkahwinanBujang / Balu / Bercerai / Berkahwin
Kadar PendapatanMiskin Tegar :
Pendapatan bawah garis PGK
dan tersenarai e-Kasih

Bukan Miskin :
Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000 sebulan
Status STRLulus

SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA 2026

Ikuti cara semakan status penerima bayaran Bantuan SARA secara online seperti berikut :

🔗 Pautan Portal Rasmi SARA : https://www.sara.gov.my/.

  1. Pergi ke Portal Rasmi SARA dengan klik pautan di atas.
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semakan Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang disediakan.
  6. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak Bantuan SARA :

Nama ProgramSARA Bulanan / One-Off 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/02/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment